Terimalah kenyataan bahawa ketentuan TUHAN
adalah yang terbaik kerana tidak ada yang terjadi
sebagai kebetulan. Ini kerana kita tidak mampu
menaikkan hujan yang turun dari langit,
juga tidak mampu menahan siang
untuk tidak datangnya malam.
Binalah keyakinan bahawa ada kala
apa yang terjadi kita tidak suka tapi ALLAH suka
Kalau ALLAH tahu setiap helai daun yang gugur.
mana mungkin DIA tidak tahu apa yang kita lalui.
Segalanya terjadi atas susunan peta-NYA.
maka hadapilah segala dugaan dengan lapang dada.
ALLAH itu lebih dekat dari urat leher kita
dan perhatian-NYA tidak pernah terputus
walaupun sesaat. Sesungguhnya, DIA tidak pernah
mencabut sesuatu daripada kita kecuali menggantikan
dengan yang lebih baik namun itu terjadi apabila kita
redha dengan segala ketentuan yang telah ditakdirkan.
Belajarlah melupakan, betapa pun berat dan sakit
yang dialami.
Ingatlah......kita masih ada al-Quran, masih ada Doa,
masih ada Solat dan masih ada ruang berbuat baik
untuk membaiki kesilapan masa lalu.
Posted by
Ibu Gee
|
/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment