Never Forget_ Maher Zain ft. Mesut Kurtis.wmv

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Umar bin Al-Khatab suatu ketika dulu sering mendeklamasikan bait-bait puisi di bawah ini:

"Tiada satu pun benda yang akan tertinggal
Harta, anak dan segalanya akan hilang
Termasuk yang ada, selain Sang Pencipta
Tak sedetik pun kekayaan kekal berdaya

Tidak juga kaum Ad sejak dahulu kala
Meskipun kekekalan seperti sudah ada di mata mereka
Meskipun Sulaiman dihormati angin, jin dan manusia
namun kematian tidak juga melepaskan nyawanya

Raja-raja konon berkuasa di seribu negeri
Adakah satu saja yang kekal abadi?
Semua terbawa arus menuju muara pasti
Seperti datang, mereka juga harus pergi."

Ingatlah...mati itu pasti...bila dan dimana?...hanya DIA yang Maha Mengetahui....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah
Kami berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat,
dari hati yang tidak khusyuk’,
...dari nafsu yang tidak pernah kenyang,
dan dari doa yang tidak dimakbulkan.

Wahai Allah,
bersihkan dan hapuskanlah kekotoraon zahir dan batin kami
dengan kesempurnaan keampunan-Mu dan lautan kemaafan-Mu

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami dengan pakaian zuhud dan taqwa,
mengkhidmati makhluk dan menuruti sunnah dengan bersih dan nyata
jadikanlah maksud kehidupan kami untuk meninggikan dan mengharumkan
Agama Muhamad S.A.W

Ya ALLAH, Engkaulah yg menciptakan kami,
maka berilah kami taufik agar dpt membuat kebajikan.

Ya Allah,
bagi org yg sempit rezeki luaskanlah rezekinya,
org yang sakit sihatkanlah,
org yg dalam kesusahan senangkanlah,
org yg sesat kembalikanlah ke jalan yg benar yang Engkau redhai.

Ya Allah...,
kurniakanlah kami kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Amin...amin....amin ya robbalalamin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Diamlah kerana, DIAM itu:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.



YA ALLAH, hanya KAU lebih mengetahui segala nya......KAU lindungi lah daku dari sifat2 buruk. Bersihkan hati ku daripada bersangka sangka. Semuga aku sentiasa di pihak yang benar.......amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERINGATAN BG YG LUPA:
Kita hendaklah selalu berubah seperti air yang mengalir.
Bila air berada dilangit,
ia akan berubah turun menjadi hujan lalu memberi kehidupan kepada haiwan dan tanaman.
Bila berada diatas,
air akan mengalir ke lurah dan sungai lalu membersihkan sungai-sungai dari kotoran sampah.
Jangan jadi air yang bertakung,
kerana air yang bertakung tidak berubah,
air yang bertakung tidak suci dan akan menjadi kotor dan menjadi penyebab kepada penyakit..

~Almarhum TuanGuru Datuk Haji Fadhil Mohd Noor~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pantasnya Masa Berlalu.........


Masa tidak pernah menunggu untuk kita bersedia memanfaatkannya. Bahkan masa berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup. Mungkin ada masa-masanya hidup kita diselubungi kesedihan dan kekecewaan hinggakan kita merasakan jarum jam terhenti seketika atau menginsut begitu perlahan. Namun semua itu hanyalah perasaan kita sebagaimana kita merasakan masa berlalu begitu pantas diwaktu kegembiraan mewarnai hari-hari yang kita tempuhi.

Melupakan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang selalu menyesal dengan diri kita. Kita sering menoleh kebelakang dengan penuh penyesalan hingga kita melupakan kedatangan ESOK serta mensia-siakan segala peluang dan kesempatan yang masih kita miliki HARI INI.

Ya, kita perlu menyesali dosa-dosa kita tetapi bukan mensia-siakan saki baki umur yang masih kita miliki. Sedarlah…setiap kali kita menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan maka syaitan akan bisikkan keraguan dan keresahan hingga kita berputus asa. Berputus asa dengan rahmat Allah dan berputus asa dengan kebaikan hingga kita terus menerus melayan perasaan kita hingga masa-masa yang masih kita miliki kehilangan harganya. Kita menangisi kelemahan diri tanpa kita bangun memperbaiki diri, kita menyesali hari semalam hingga kita mengabaikan hari ini yang masih kita miliki dan mensia-siakan esok yang sedang menanti.


Kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat lari dari dosa dan kesalahan. Yang menjadikan kita hina bukan berapa banyak dosa yang telah kita lakukan tetapi hina kita adalah kerana keengganan kita untuk keluar dari lembah dosa tersebut.


Dalam satu hadith Qudsi,

Allah SWT berfirman: “Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua adalah orang melakukan kesalahan malam dan siang dan Akulah yang mengampunkan semua dosa, maka minta ampun kepada ku maka aku akan ampunkan dosa ku…” (rujuk hadith 40 Imam Nawawi).


Dalam satu hadith Qudsi yang lain pula, Allah SWT berfirman : “Asalkan kita menadah tangan berdoa kepada Allah, maka Allah berkata; Aku tidak peduli” (Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi).

Bukan Allah tidak pedulikan doa-doa kita tetapi Allah tidak pedulikan sebanyak manapun dosa kita, maka Allah akan ampunkan dosa-dosa kita, biarlah dosa kita memenuhi langit dan bumi maka Allah akan datang dengan pengampunan seluas langit dan bumi.

Ya, kita orang yang sering melakukan dosa, sering lalai dan alpa bahkan sering mengulangi dosa-dosa yang sama. Ya, kita serba hina dan sarat dengan kelemahan diri serta kerap kita lupa diri. Kita perlu menangisi segalanya tetapi tangisan kita tidak menjadikan kita putus asa dan kehilangan diri. Kita perlu bangun dan lakukan pembaikan diri dengan penuh keazaman dan harapan. Lidah dan hati kita tidak jemu berzikir dan memohon keampunan kepada Allah disamping menaksir diri dan merungkai kejahilan yang membelit diri serta berusaha untuk keluar dari kelemahan dan kelalaian.

Ya, masa begitu pantas berlalu tetapi bukan untuk ditangisi pemergiannya dan bukan juga untuk disia-siakan kehadirannya tetapi untuk dimanfaatkan termampu mungkin agar kita sentiasa dipandang Allah SWT sebagai hambaNya; HambaNya yang sentiasa merasa kerendahan diri, menyesali dosa-dosa tetapi tidak pernah putus asa dari rahmatNya. Inilah jalan yang akan mendekatkan kita kepada Allah; Jalan yang akan mendekatkan kita pada rahmat dan pengampunanNya.

Ya, kita orang banyak melakukan dosa tetapi kita meyakini pengampunanNya jauh lebih banyak dari semua dosa-dosa kita. Bangkitlah dengan penuh keazaman untuk kita manfaatkan masa-masa yang masih kita miliki.



Wallahu'alam...........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SANTAPAN ROHANI :


Bacalah doa ini dengan penuh rendah hati, dengan penuh khusyuk menghayati, dengan penuh tarik dan lepas nafas, dengan penuh pengharapan untuk mengubati jiwa, menarik bahagia, dibuka simpulan, ditunjuk jalan dan untuk hajat yang khusus......Dipetik doa ini daripada Buku "Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna".


Dengan nama Allah lagi Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Segala rahmat bagi Tuhan kami

Rahmat dan keselamatan,

bagi nabi kekasih kami.



Ya Allah Tuhan kami,

Engkau tujuan kami,

Redamu yang kami cari,

Di duna dan akhirat kami.



Wahai yang maha pengasih, yang maha penyayang,

Wahai yang maha berkuasa, yang maha suci,

Wahai yang maha sejahtera, yang maha terpercaya,

Wahai yang maha memelihara, yang maha perkasa,



Wahai yang kehendaknya tidak diingkari,

yang memiliki kebesaran,

Wahai yang maha mencipta,

yang mengadakan dari yang tiada,

Wahai yang membuat bentuk, yang maha pengampun,

Wahai yang maha perkasa, yang maha pemberi.



Wahai yang maha pemberi, yang maha pembuka,

Wahai yang maha mengetahui, yang maha menyempitkan,

Wahai yang maha melapangkan, yang merendahkan,

Wahai yang maha meninggikan, yang memuliakan.



Wahai yang menghinakan, yang maha mendengar,

Wahai yang maha melihat, yang memutuskan hukuman,

Wahai yang maha adil, yang maha lembut,

Wahai yang maha mengetahui, yang maha penyantun.



Wahai yang maha agung, yang maha pengampun,

Wahai yang maha besar, yang maha memelihara,

Wahai yang maha memelihara, yang maha mencukupkan.



Wahai yang maha luhur, yang maha mulia.

Wahai yang maha mengawasi, yang maha memperkenankan,

Wahai yang maha luas, yang maha bijaksana,

Wahai yang maha mencintai, yang maha mulia.



Wahai yang membangkitkan, yang maha menyaksikan,

Wahai yang maha benar, yang maha mewakili,

Wahai yang maha kuat, yang maha kukuh,

Wahai yang maha melindungi, yang maha terpuji.



Wahai yang maha menghitung, yang maha memulakan,

Wahai yang maha mengembalikan, yang maha menghidupkan,

Wahai yang maha mematikan, yang maha hidup,

Wahai yang maha berdiri sendiri, yang maha menemukan.



Wahai yang maha mulia, yang maha tunggal,

Wahai yang maha esa, yang maha diperlukan,

Wahai yang maha kuasa, yang sangat berkuasa,

Wahai yang mendahulukan, yang mengakhirkan.



Wahai yang pertama, yang terakhir,

Wahai yang maha nyata, yang maha tersembunyi,

Wahai yang maha memerintah, yang maha tinggi,

Wahai yang maha dermawan, yang maha menerima taubat.



Wahai yang maha mengancam, yang maha pemaaf,

Wahai yang maha melimpahkan kasih, yang maha menguasai,

Raja yang maha berdaulat, pemilik keluhuran dan kemuliaan.



Wahai yang maha adil, yang maha menghimpun,

Wahai yang maha kaya, yang memberi kekayaan,

Wahai yang maha mencegah, yang memberi derita,

Wahai yang memberi manfaat, yang maha memberi cahaya.



Wahai yang maha pemberi petunjuk, pencipta pertama,

Wahai yang maha kekal, yang maha mewarisi,

Wahai yang maha tepat tindakannya, yang maha penyabar,

Yang memulakan, yang maha agung, itulah sebutannya.



Kau rahmatilah kami semua umat Muhammad, Kau ampunilah kami semua umat Muhammad, Kau peliharalah kami semua umat Muhammad, Kau kasihilah kami semua umat Muhammad mendahului murkaMu, Kau limpahilah hati-hati kami dengan penuh kasih sayang sesama kami untuk mendapatkan kasih sayangMu, Kau peliharalah kami umat Muhammad daripada segala bencana, mala petaka dan khianat. Kau tunjukilah kami jika kami sesat, Kau ingatilah kami bila kami lalai, Kau pasaklah jiwa kami dengan nur dan iman. Kau peliharalah kami daripada seksaan kubur dan api neraka. Kau jadikanlah kami umat Muhammad yang sentiasa mendapat maghfirahMu.



Ya Allah, Ya Dzal JalaliliwalIkram. Kau yang Maha Memakbulkan permintaan hambaMu, Kau yang telah menjadikan Nur Muhammad kekasihMu, Kau yang telah menciptakan syurga dan nerakaMu, Kau yang telah mendirikan arasyMu....



Kau makbulkanlah permintaan kami ini! Amin Ya Rabbal A'lamin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

EMPAT TANDA-TANDA AWAL HAMPIRNYA HARI KIAMAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati Allah,

Banyak terhadap hadis-hadis Nabi S.A.W. yang menceritakan tanda-tanda awal kiamat. Salah satu daripadanya adalah hadis riwayat Anas bin Malik r.a.



Daripada Anas ra berkata : "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh perempuan". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Nabi kita SAW menerangkan bahawa di antara tanda hampirnya kiamat ialah :



1. Sedikit ilmu agama



2. Banyak kejahilan



3. Banyak berlaku perzinaan



4. Sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.



Huraiannya adalah seperti berikut :



1. Sedikit ilmu agama



Apabila umat Islam mula jahil tentang ilmu agama. Banyak melakukan maksiat, menentang hukum-hukum Islam dan memandang sepi segala peraturan agama yang terdapat di dalam al-Quran dan as-sunah, maka ini adalah petanda awal sudah hampir kita dengan kedatangan hari kiamat. Masyarakat yang kurang ilmu lebih utamakan orang jahil menjadi pemimpin mereka, walaupun telah jelas pemimpin tersebut jahil tentang ajaran Islam dan tidak berminat untuk menjadikan Islam sebagai sistem dalam pentadbiran sebuah negara.



Ilmu agama perlu dituntut seperti sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)



2. Banyak kejahilan



Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'. Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain. Golongan yang jahil ini adalah salah satu golongan yang akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.



Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Hadis Riwayat Ahmad)



3. Banyak berlaku perzinaan



Apabila di dalam satu masyarakat telah menjadi kebiasaan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, kemudian dengan kebebasan ini melahirkan pula anak-anak luar nikah ini adalah petanda bahawa telah hampir berlakunya kiamat.



Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)



Pada tahun 2008, dilaporkan terdapat lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa dikeluarkan.

Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008.



kira-kira 28,000 lebih kes berlaku dalam setahun (2,500 kes dalam sebulan / 78 kes dalam sehari /

Satu kes pendaftaran bagi setiap 17min 17saat.



Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan dan yang didaftarkan. Bagaimana dengan kelahiran yang tidak didaftarkan? Berapakah jumlah sebenar bayi-bayi yang dibuang atau di bunuh begitu sahaja, samada yang dijumpai atau yang tidak dijumpai?



4. Sedikit kaum lelaki dan ramai perempuan.



Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki.



Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerena yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah SWT menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.



Jika dilihat di pusat pengajian tinggi awam dan swasta majoriti penuntutnya adalah pelajar perempuan. Begitu juga kakitangan awam kaum wanita melebihi kaum lelaki darisegi bilangannya.



Sahabat yang dimuliakan,

Jika kita perhatikan keempat-empat tanda tersebut telah wujud di dalam kehidupan masyarakat kita maka tanda-tanda hampir kiamat itu telah berlaku. Maka perlulah kita bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T. Jauhkan diri daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah S.W.T. Kerana saat datangnya kiamat besar hanya di dalam ilmu Allah S.W.T. termasuk kiamat kecil (kematian) kita juga di dalam ilmu-Nya.



p/s Perkongsian ilmu/nota, Santapan Rohani dari Ustaz Abu Basyer.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tataplah hidup ini dengan penuh cinta dan harapan...

Hidup adalah anugerah Allah kepada makhlukNya. Justeru, terimalah hadiah dari yang Maha Esa, ambillah dengan senang dan bangga.

Sambutlah waktu pagi yang cerah dan senyum yang indah. Sambutlah malam yang tenang dan sunyi. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Minumlah air yang jernih sambil memuji dan bersyukur. Hisaplah harum bunga dengan bertasbih. Dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pengajaran yang berharga darinya.

Nikmatilah anugerah apa sahaja yang ada di bumi, di kelopak mawar, di panasnya matahari dan lain-lain. Jadikan anugerah itu sebagai penyokong untuk taat, bersyukur dan memuji Allah.



Berhati-hatilah, janganlah sampai anda diliputi oleh kedukaan, kebingungan dan keadaan yang tidak menentu kerana nikmat-nikmat ini, sehingga anda menjadi orang yang keras kepala dan bongkak. Ketahuilah bahawa Allah tidak menciptakan nikmat-nikmat ini kecuali dijadikan sebagai cara untuk menyembahNya..


p/s nota ini di ambil dari rakan FB, Abu Zarr(Syam)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Umar bin Al-Khatab suatu ketika dulu sering mendeklamasikan bait-bait puisi di bawah ini:

"Tiada satu pun benda yang akan tertinggal
Harta, anak dan segalanya akan hilang
Termasuk yang ada, selain Sang Pencipta
Tak sedetik pun kekayaan kekal berdaya

Tidak juga kaum Ad sejak dahulu kala
Meskipun kekekalan seperti sudah ada di mata mereka
Meskipun Sulaiman dihormati angin, jin dan manusia
namun kematian tidak juga melepaskan nyawanya

Raja-raja konon berkuasa di seribu negeri
Adakah satu saja yang kekal abadi?
Semua terbawa arus menuju muara pasti
Seperti datang, mereka juga harus pergi."

Ingatlah...mati itu pasti...bila dan dimana?...hanya DIA yang Maha Mengetahui....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Puisi untuk Ayah dan Ibu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA

SANTAPAN ROHANI :


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (AL'ANKABUUT 57).



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. (AL ANBYAA' 35)



Tiap-tiap yang berjiwa akan m...erasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (ALI 'IMRAN 185).



Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). (YUNUS 49).



Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (AL JUMU'AH 08).



Berikut ini sebagian kecil tanda-tanda seseorang mati dalam keadaan husnul khotimah :



1. Ditinjau dari kata-kata terakhirnya, apabila kata-kata terakhirnya adalah kalimah-kalimah toyyibah, maka itu tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.



Dari Mu`adz bin Jabal Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Barang siapa ucapan terakhirnya : La ilaha illallah, maka dia masuk surga" (HR Abu Daud & Al-Hakim).



Dari Anas bin Malik Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baiknya dzikir adalah La ilaha illallah dan sebaik-baiknya doa adalah Alhamdulillah" (HR At-Turmudzi & Ibnu Majah).



Karena itulah sunnah hukumnya membimbing orang yang sedang sakaratul maut untuk mengucapkan kalimat tahlil.



Dari Abi Sa`id Al-Hudri Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Bimbinglah orang mati kalian untuk mengucapkan La ilaha illallah" (HR Muslim).



2. Di tinjau dari aktifitas terakhirnya, apabila seseorang di masa-masa akhir hidupnya beribadah baik ibadah mahdho maupun ghoiru mahdho dan dia meninggal dalam keadaan beribadah atau usai menjalankan ibadah maka itulah tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.



Dari Ali bin Abi Tholib Ra, Dia berkata : "Suatu hari saya akan menunaikan sholat subuh di mesjid bersama Rasulullah Saw, tapi ditengah jalan aku bertemu dengan seseorang yang sudah renta juga mau ke mesjid untuk menunaikan sholat subuh, aku terus berjalan dibelakangnya, dan ketika kami berdua sampai di mesjid ternyata sholat berjamaah sudah usai, akhirnya aku sholat subuh berjamaah dengan kakek itu, dan ketika aku salam tahiyyat akhir si kakek tetap bersujud dan ternyata si kakek telah meninggal dunia, lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, bagaimana keadaan kakek ini di akherat?" Rasulullah menjawab, "Dia masuk surga" (HR Ahmad & Daruqutni).



3. Di tinjau dari hari terakhirnya (hari jum`at), begitu banyak orang-orang sholih yang meninggal dunia pada hari jum`at, karena mati pada hari jum`at adalah tanda kematian husnul khotimah.



Dari Ibnu umar Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tiada seorang muslim yang meninggal pada hari atau malam jum`at, kecuali Allah akan menyelamatkannya dari siksa kubur" (HR Ahmad & At-Turmudzi).



Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baik hari adalah hari jum`at, karena pada hari jum`at itulah Adam di ciptakan. Pada hari jum`at ia di masukkan ke surga dan pada hari jum`at ia di keluarkan dari surga. Pada hari jum`at ia wafat dan tidak akan terjadi kiamat kecuali hari jum`at" (HR As-Syafi`I dan Ahmad).



4. Di tinjau dari kondisi terakhir fisiknya. Kita sering menyaksikan seseorang meninggal dengan kondisi tubuh yang tidak wajar seperti tubuh gosong, penuh dengan luka dan nanah, berbau busuk, keluar belatung, lidah menjulur dan mata melotot atau bahkan tidak ada yang mau memandikan, mengkafani dan mensholatkan dll. Seseorang yang matinya husnul khotimah tidak akan mengalami kejadian-kejadian seperti diatas, malah sebaliknya seperti wajah mayit terlihat tenang dan damai bahkan ada yang tersenyum, banyak yang berta`ziyah dan mensholatkan dll.



Dari Abu Darda Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tidak akan keluar ruhnya seorang mu`min sampai dia melihat tempatnya di surga, dan tidak akan keluar ruhnya seorang kafir sampai dia melihat tempatnya di neraka" (HR Al-Baihaqi).



Dari Aisyah Ra, Rasulullah bersabda: "Tidak satu mayit pun yang di sholatkan oleh seratus orang kaum muslimin dan semuanya memintakan syafa`at untuknya, pasti syafa`at mereka di terima" (HR Muslim)



Semoga kita bersama di karunia Allah Swt untuk dapat berusaha dan berdoa supaya kita mendapat gelar husnul khotimah di akhir hayat kita. Amin Amin Yaa Robbal Alamin. Wallahu a`lam bisshowaab.



Sedutan daripada VCD Ingat Akan Mati, Hidup di alam Kubur.

www.albarakah.org

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TIPS ISTERI SOLEHAH

‎SANTAPN ROHANI:


37 TIPS ISTERI SOLEHAH

1. Jangan membiarkan suami anda memandang dalam keadaan anda tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.
2. Hendaklah senyum itu senatiasa menghiasi bibirmu setiap anda dipandang oleh sang suami....
3. Perbanyaklah mencari keredhaan suami dengan mentaatinya, sejauh mana ketaatan anda kepada suami, sejauh itu pulalah dia merasakan cintamu kepadanya dan dia akan segera menuju keredhaanmu.
4. Pilihlah waktu yg tepat untuk meluruskan kesalahan suami.
5. Jadilah anda orang yang lapang dada, janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami anda kepada orang lain.
6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang anda miliki, janganlah berusaha melukai perasaannya.
7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.
8. Jangan engkau benarkan ucapan negatif dari orang lain tentang suamimu. 9. Upayakan untuk tampil di depan suamimu dengan perbuatan yang disenanginya dan ucapan yang disenanginya pula.
10. Berilah pengertian kepada suami anda agar dia menghormatimu dan saling menghormati dalam semua urusan.
11. Anda harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya. 12. Janganlah anda menampakkan kejemuan padanya, jika terjadi kekurangan materi Ingatlah bahwa apa yang ia berikan kepadamu sudah lebih dari cukup. 13. Biasakanlah anda tertawa bila ia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Karena bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih. 14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.
15. Janganlah banyak mengingatkan bahwa anda pernah meminta sesutu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika anda tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.
16. Janganlah anda mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami anda dan ia tidak suka melihatnya.
17. Jangan lupa bila anda melihat suami anda shalat sunnah di rumah, hendaknya anda berdiri dan ikut shalat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.
18. Jangan berlebih-l;ebihan berbicara tentang angan-angan pribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya didepanmu.
19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.
20. Janganlah anada mengerjakan shaum sunnah kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah kecuali dengan sepengetahuannya.
21. Jagalah rahasia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.
22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahwa anda lebih tinggi derajatnya dari derajat suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu. 23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka anda punya kewajiban untuk menjenguk bersamanya.
24. Sesuaikanlah peralatan rumah tangga anda dengan barang-barang yang disenangi suami anda.
25. Jangan sampai anda meninggalkan rumah meskipun sedang bertengkar dengannya.
26. Katakanlah kejemuan dan kebosananmu ketika ia sudah meninggalkan rumah.
27. Terimalah udzurnya ketika ia membatalkan janjinya untuk keluar bersamamu, karena mungkin ia terpaksa memenuhi panggilan orang yang datang kepadanya.
28. Hindari sifat cemburu, sesungguhnya cemburu adalah senjata penghancur. 29. Janganlah mengabaikan pemimpinmu (suami) dengan alasan bahwa ia telah menjadi suamimu.
30. Janganlah anda berbicara dengan sang suami, seakan-akan anda suci dan dia berdosa.
31. Jagalah perasaannya, jangan gembira ketika dia sedang sedih dan jangan menangis ketika dia gembira.
32. Perbanyaklah menyebut-nyebut keutamaan suami di hadapannya.
33. Perlihatkan kepada suamimu bahwa anda turut merasakan apa yng dirasakan sang suami tatkala ia tidak berhasil mencapai maksud dan tujuannya. 34. Perbaharuilah (tekad suami) ketika terjadi kegagalan.
35. Jauhilah sifat dusta karena hal itu kanmenyakitkannya.
36. Ingatkanlah selalu pada suamimu bahwa anda tidak tahu (bagaimana nasib anda) seandainya anda tidak dipersunting olehnya.
37. Ucapkanlah rasa syukur dan terima kasih pada waktu ia memberikan sesuatu kepada mu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sayangi Diri Sendiri - Ustaz Kazim Elias

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

10 WAYS TO BE FIRM UPON ISLAM

1. Seek Allah’s help for guidance and steadfastness. Allah has praised the Du’a of the scholars in the Qur’an:

“Our Lord! Let not our hearts deviate (from the truth) after You have guided us, and grant us mercy from You. Truly, You are the Bestower.”

2. Sit with righteous people and attend circles of remembrance of Allah like Islamic lectures enthusiastically. Visit pious people.

3. Study the lives of righteous people by reading books or listening to tapes about them. Give more emphasis on studying the biographies of the Companions of the Prophet (peace be upon him).

4. Frequently listen to Khutbahs and lectures that soften the heart and are emotional.

5. Observe the obligatory deeds, like performing the five daily prayers and making up the missed fasts of Ramadan, with care, due to the great good that obligatory deeds carry.

6. Do voluntary deeds, even if they are few, that are easy and loved by the heart. Surely the most beloved deeds to Allah are the consistent ones even if they are few, as the Prophet (peace be upon him) informed us.

7. Start memorizing the Qur’an. Recite it constantly and as much as possible. Recite what you memorized in the voluntary prayers.

8. Remember Allah and seek His forgiveness, i.e. do Dhikr and Istighfar. Surely these are easy deeds but their benefit is immense. They increase the Iman (faith) and strengthen the heart.

9. Stay as far away as possible from ‘the corrupters of the heart’, like bad friends, television, satellite channels, music, obscene magazines, etc.

10. Repent as quickly as possible. With sincere repentance, by the will of Allah, there will be no turning back. Indeed Allah becomes very happy when His servant repents.

– Al-Madina Magazine

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

JAUHILAH ENAM PENYAKIT UMAT UMAT TERDAHULU

SANTAPAN ROHANI :


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah medan ujian yang disediakan oleh Allah S.W.T. siapa di antara kita yang mampu istiqamah dengan cara hidup Islam. Ada dikalangan umat Islam yang hidupnya hanyalah memuaskan hawa nafsu, ajaran Islam ditinggalkan dan dia hanyut dibawa arus jahiliah. Ada pula mengambil Islam dalam bentuk ibadah khusus semata-mata semata-mata sedangkan hubungan sesama manusia yang melibatkan pergaulan, cara berpakaian, perniagaan dan muamalah jauh daripada syariat Islam. Tidak kurang ramai yang mengambil Islam semasa pernikahan dan kematian saja sedangkan dalam kehidupannya sehari-hari cara berpolitik, mentadbir negara terlalu jauh dengan akhlak dan hukum-hukum Islam. Akibatnya Islam hanya tinggal nama saja sedangkan syariatnya tidak lahir dalam kehidupan umat Islam.

Terlalu banyak penyakit-penyakit umat Islam hari ini, menyerupai penyakit-penyakit umat terdahulu yang dibinasalkan oleh Allah S.W.T. kerana keingkaran mereka mematuhi ajaran yang di bawa oleh rasul-rasul mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W.. bersabda maksudnya : "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah :

1. Terlalu banyak seronok,

2. Terlalu mewah,

3. Menghimpun harta sebanyak mungkin,

4. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,

5. Saling memarahi,

6. Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

(Hadis Riwayat Hakim)

Huraiannya 6 penyakit tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Terlalu banyak berseronok.

Orang yang sedang leka dengan keseronokan dunia adalah orang yang lalai dan tidak pernah terlintas tentang kematian. Baginya mati itu tidak perlu difikirkan kerana dia akan pergunakan sesempatan di dunia ini untuk berhibur , menyanyi, bergelak ketawa dan memuaskan nafsunya semata-mata.

Sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.

Lalu baginda bersabda yang bermaksud :
"Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, niscaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."

Keseronokan juga disebabkan mendapat kedudukan dan pimpinan dalam masyarakat disanjung dan dipuja, dihormati dan ramai pengikut. Seronok kerana semua kehendaknya dipenuhi dan mampu menjantuhkan orang lain yang tidak disukainya.

Kedua : Terlalu mewah.

Rezeki yang kita miliki hasil usaha kita sebenarnya bukan semua adalah hak kita. Oleh itu Islam mewajibkan zakat dan mengalakkan bersedekah dan membantu orang fakir-miskin. Sikap suka bermewah-mewah dan membazir bukannya lahir daripada akhlak Islam tetapi ianya adalah lahir daripada hasutan syaitan. Islam menyuruh umatnya hidup sederhana, tidak membazir dan banyak memberikan sumbangan harta dijalan Allah S.W.T.

Sikap suka bermewah dengan makanan dan pakaian, perhiasan rumah, kereta mewah dan berbangga dengan harta yang dimiliki akan menimbulkan perasaan riak dan sombong dan sifat ini amat dibenci oleh Allah S.W.T. Contoh yang diceritakan dalam al-Quran adalah kisah Qarun.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Barang siapa bertawaduk kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."

Ketiga : Menghimpun harta sebanyak mungkin

Islam mengalakkan umatnya mencari harta kekayaan dengan cara yang halal supaya dengan harta itu akan menjadikan umat Islam mempunyai kekuatan ekonomi dan umat Islam tidak mudah dipandang hina oleh orang bukan Islam. Tetapi Islam meletakkan harta bukannya sebagai matlamat tetapi ianya hanyalah sebagai alat saja untuk kebaikan Islam. Tetapi sekiranya seorang itu bekerja siang malam, mengumpulkan harta tanpa memperdulikan ibadah kepada Allah, melupakan menuntut ilmu, tidak ada masa untuk mendidik ahli keluarga, kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat diabaikan, maka Islam melarangnya. Terutama apabila harta yang diperolehi dengan cara haram seperti mengambil rasuah, bermain judi, menipu dalam perniagaan dan sebagainya.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "Barang siapa yang mendapat harta dengan jalan haram, kemudian ia menyambung silaturahim dengan harta itu, atau bersedekah dengannya, atau menginfakkan di jalan Allah, di hari kiamat nanti ia dan seluruh harta itu akan dikumpulkan dan dilemparkan ke dalam api neraka."

Sungguh hadis itu memberi isyarat bahawa harta haram itu tidak boleh memberikan manfaat apapun bagi yang membelanjakannya. Bahkan ia diancam dengan api neraka.

Keempat : Tipu menipu dalam dalam merebut harta benda dunia.

Islam melarang umatnya menipu dalam perniagaan hinggakan kita mengambil harta orang lain secara tidak sah dan besar dosanya disis Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah ayat 188)

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah S.W.T. akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Kelima : Saling memarahi.

Islam melarang pergaduhan, maki hamun , permusuhan dan saling memarahi. Sifat suka marah adalah sifat yang disukai oleh syaitan. Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memilikii sifat tercela.. Sesiapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah sebenarnya ia sedang dikuasi oleh hawa nafsunya.

Dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya seseorang berkata kepada Nabi S.A.W. "Berilah aku wasiat?."

Nabi S.A.W. bersabda: : "Janganlah engkau marah"

Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi S.A.W. bersabda : " Janganlah engkau marah"

(Hadis Riwayat. Bukhari).

Mengelak rasa marah adalah sepanjang waktu perlu mengawal emosi supaya tidak lekas marah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang cepat marah dan suka marah.

Perlu diingat, marah itu bara api syaitan yang menjunam ke dalam hati manusia dan syaitan itu adalah musuh manusia nombor satu. Jauhkan diri kita daripada sifat marah.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menahan kemarahannya dan dapat melaksanakannya, niscaya Allah akan memanggilnya di hadapan manusia ramai dan menyuruhnya memilih di antara bidadari yang dikehendakinya.”

Keenam : Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu: 1. Buruk sangka 2. Hasad dengki 3.Takut sial kerana sesuatu."

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi S.A.W: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan tinggalkan)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah S.W.T. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika buruk sangka maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan tinggalkan."

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berazam untuk menjauhi enam penyakit umat-umat yang terdahulu yang mana penyakit tersebut menyebabkan mereka ditimpa bala dan mendapat kemurkaan Allah S.W.T. Bila kita kembali mengambil al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W dan mengambil contoh akhlak Rasulullah S.A.W. maka kita akan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Tazkirah dari Ustaz Abu Basyer.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

*****LIMA TANDA HATI KERAS MEMBATU*****

SANTAPAN ROHANI :


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta & benci, keimanan & kekufuran, taubat & sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego & individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan & dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pengajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah..
Sesungguh aku adalah hamba Mu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuan Mu..
Hidup ku dan mati ku di tangan Mu..
Telah berlaku qadha' Mu pada ku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadap ku..
Aku memohon kepada Mu dengan semua nama yang Engkau miliki..
Yang dengannya Engkau namakan diri Mu sendiri..
Yang Engkau cantumkan dalam kitab Mu..
Yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhluk Mu (Nabi Mu)..
Agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hati ku,cahaya dada ku, penglipur kesedihan ku dan pengusir kecemasan ku...
Subhanallah.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERASAAN CINTA KITA....

SANTAPAN ROHANI :

~Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia.
Manusia perlu mencintai dan di cintai.
Cinta paling agong dan paling tinggi adalah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Cinta-cinta yang lain sesama makhluk mestilah berpaksikan cinta kerana Allah, kerana cinta bukan kerana Allah menyebabkan cinta itu palsu dan tidak akan kekal lama dan ianya berasakan nafsu semata-mata. Allah s.w.t akan murka kepada sesiapa yang mencintai orang lain bukan kerana-Nya...

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)...(at-Taubah:24)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya..." (Surah An-Nisa': 69)

Marilah kita memberikan memberikan cinta kita kepada Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Pada masa yang sama mencintai kekasih-Nya Rasulullah s.a.w dengan mentaati sunnah dan ajaran baginda, melebihi cinta kita kepada diri sendiri dan cinta pada yang lain-lain.
Semoga cinta yang agung ini akan menyelamatkan kita daripada seksaan yang daksyat di hari akhirat nanti...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

JUMAAT YANG PENUH BAROKAH.......

SANTAPAN ROHANI:

Apa yang Hendaknya Kita Lakukan dan Tidak Kita Lakukan pada Hari Jumaat



Sebagai ummat Muslim, kita hendaknya mengetahui apa keutamaan hari Jumaat jika dibandingkan dengan hari2 yang lain, dan apa yang hendaknya kita lakukan dan apa yang seharusnya tidak kita lakukan.

# Keutamaan hari Jumaat adalah:

1)-Sebaik-baik hari

Sabda Nabi Shalallaahu 'alaihi wa sallam : “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

2)-Hari Kiamat datang pada hari Jumaat.
Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam menjelaskan, “Tidaklah makhluk melata kecuali pasti sangat cemas pada hari Jumaat sejak subuh tiba hingga matahari terbit, karena takut jika kiamat datang. Kecuali manusia dan jin.” (HR Ibnu Hibban).

3)-Pada hari Jumaat ada saat dikabulkannya Do’a
Rasulullah saw bersabda: “Pada hari itu ada saat dimana tidaklah seorang hamba yg muslim berdoa sedang ia juga mendirikan solat,lalu ia memohon kepada Allah sesuatu,kecuali ia akan diberi.” (Hr. Bukhori)

4)-Hari pengampunan Dosa
Rasulullah saw bersabda, ” Dari solat sampai solat pada solat 5 waktu dan Jumaat sampai Jumaat,dari ramadhan sampai ramadhan berikutnya adalah penebus dosa dosa diantaranya jika pada masa itu dosa dosa besar dijauhi.” ( HR. Muslim ). Atau dalam riwayat lain Rasulullah menjelaskan, “Barangsiapa berwudlu dengan baik, kemudian mendatangi Jum’at lalu mendengarkan dan diam,diampuni dosanya antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya,dan ditambah 3 hari.” ( HR.Muslim ).


# Yang  Hendaknya kita lakukan pada hari Jumaat adalah:

1)-Mandi dan berwangi-wangian (bagi lelaki saja).
Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wewangian jika mempunyainya.” (Shahih, al-Bukhari:880, Muslim:846). Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim pria yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat sholat Jumat. Adapun tata cara mandi Jumaa ini seperti halnya mandi janabah biasa. Rasulullah bersabda yang artinya, “Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2)-Memperbanyak shalawat kepada Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam.
Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah shalawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya shalawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Shahih, Abu Daud:1047, dishahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Memperbanyak berdoa terutama diakhir waktu asar.
Rasulullaah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam  bersabda : “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh karena itu, carilah ia diakhir waktu setelah shalat ashar.” (Shahih Abu Daud: 1048, di shahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi.
Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Shahih, al-Hakim:3392, dishahihkan oleh al-Albani)

5)-Bersegera dengan berjalan kaki ke masjid.
Kata Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam: “Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti mandi janabat), kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Shahih Sunan Abi Daud: 345, al-Albani menshahihkannya)

6)-Memenuhi shaf terdepan.
Kata Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan shaf paling depan, nescaya akan dilakukan undian. [untuk  mendapatkan shaf terdepan]” (Shahih, Muslim:439)

7)-Sholat tahiyyatul masjid apabila tiba di masjid, walaupun imam sedang berkhutbah.
Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “ Jika salah seorang dari kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah shalat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)

8)-Sholat Sunnah Setelah Sholat Jumaat
Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan sholat Jumat, maka sholatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka sholatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.” (HR. Muslim, Tirmidzi)

# Yang seharusnya tidak kita lakukan pada hari Jumaat adalah:

1)-Datang terlambat  ke masjid.
Kata Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hadits Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat.
Kata Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh karena itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Daud:1332, dishahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah.
Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam  bersabda : “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

4)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila adzan telah berkumandang.
Firman Allah subhanhu wa ta’ala : “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

5)-Bercakap ketika sedang ada khutbah.
Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam  bersabda : “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

6)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib.
Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)

7)-Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhotbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat sholat Jumat ketika imam sedang berkhotbah.” (Hasan. HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

Wallahu'alam..............






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RESEPI : DAGING MASAK HITAM

satu lg masakkan kegemaran kami sekeluarga.......bole di makan dengan apa jua nasi, ketupat serta roti

                         ****DAGING MASAK HITAM****



        Daging lembu 2 kilo    - di potong2 macam nak buat rendang

        Bahan2 utk di perap :-

        Rempah biji/ketumbar    - 2 sudu besar
Jintan Manis - 1/2 sudu besar
        Jintan putih                     - 1/2 sudu besar
        Lada hitam                     - 1/2 sudu teh
        Kulit kayu manis,
        Bunga lawang,
        Bungs Cengkih                } agak2
 
        Cili kering 15 biji di goreng dgn minyak sikit
        ( bole juga guna cili powder, sukatan agak2, ikut nak pedas mana)

        kesemua bahan2 di atas di mesin halus.

        Kicap Manis 1 botol
      
        Bawang Besar      - 1/2 kati
        Halia                    - 1/2 inci
        Bawang Putih       - 4/5 ulas
        ( ketiga2 bahan ini di mesin)
       

       = kesemua bahan2 diatas di satukan dlm satu bekas di gaul sehingga betul2 rata dan di perap


       Bahan2 untuk menumis

     Bawang kecil    -   1/2 kati di mayang   ( Kalau nak guna bawang besar pun bole juga)
     Halia                -   5 ulas di mayang
     Bawang putih    -   5 ulas juga di mayang
     Serai                 -   5 batang di titik
     Kerisik              -   dari se biji kelapa
     Asam jawa agak2, if tak asam keping pun bole.


     = Panaskan minyak dan tumiskan bawang, halia, bawang putih td hingga wangi, masukkan serai dan
         kemudian masukkan daging perapan td, air asam jawa secukup rasa serta kerisek. Masak lah hingga
        daging empuk serta kering.
      

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RESEPI : KEK GULA HANGUS

       ****Kek Gula Hangus****

1)
       1/2 mug gula pasir
       1/2 mug air
       (kedua2 ni utk buat gula hangus)
       1 sudu Margerin
       1 mug susu cair

     =  untuk membuat gula hangus..
         masuk kan gula dlm periuk, masak atas api perlahan, di kacau2 sehingga gula cair dan kekuning2an
         masukkan air.....bila di nak gelegak masukkan margerin biar dia cair then masuk susu cair....masak
         sekejap. ....angkat biar dia suam2.....


11)
        1 mug gula pasir
        3 biji telur
        2 sudu teh bicarbonate soda
        2 mug tepung gandum


    =  mesin gula, telur, b.soda hingga kembang
    =  masukkan tepung sedikit2 hingga habis
    =  akhir sekali masukkan bahan 1 tadi.....gaul hingga sebati.
    =  sapu majerin pada loyang dan bole le di bakar......
      

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RESEPI : KEK CHOCOLATE

          ****Kek Chocolate****

3biji telur
11/2 cawan gula pasir
3/4 cawan koko
3/4 cwan minyak kelapa
3 cawan tepung gandum
11/2 sudu teh bicarbonate soda
1 1/2 cawan air panas

cara2 membuat :-

=  telur dan gula di mesin hingga kembang.
=  masukkan hingga koko serta susu pekat.....
=  masukkan minyak masak pula, biar sebati
=  kemudian masukkan tepung gandum serta b.soda yg telah di ayak bersama sedikit demi sedikit
=  akhir sekali masukkan air td sedikit2 sehingga habis
=   alaskan loyang dengan kertas minyak dan masukkan adunan td bakar hingga masak.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RESEPI : KEK PISANG

Malam ni nak bagi resepi2 le......saja2 at least bole simpan di sini......selalu resepi2 bila kawan2 minta selalu tak berapa nak ingat......lain kali bila kawan2 minta ada copy nya....hihi......dulu pernah save kat computer....dik kerna terkena virus, habis semua nya hilang....huhu...tp sorry le ya......resepi je....gambor nya takde......maklum le....makcik tua ni tak pandai dan upload gambar.........

               KEK PISANG

4 biji telur
secubit baking powder 
2 gelas tepung gandum                                  (sukatan gelas or mug pun bole)
5/6 biji pisang
1 gelas minyak masak
1 gelas gula pasir
1 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu esen pisang

cara2 membuat :-
= pisang di lenyek dan bubuh minyak masak.....di biarkan seketika.
= dalm bekas lain, ambil telur, gula dan baking powder di mesin hingga kembang
= then masukkan pisang dan minyak tadi, gaul sebati
= masukkan tepung gandum serta B.Soda (yang telah di ayak) sedikit demi sedikit sehingga habis.
=setelah tu sapu sedikit minyak atau majerin masukkan adunan td serta bakar hingga masak.....
   adunan ni bole juga di kukus.



kek pisang ni selalu sgt aku buat bila ada kawan2 buat makan2 atau kenduri kendara...ingat masa kak pah nak kawin kat anak dia dulu......aku buat sampai 10 buku......begitu juga bila ada kenduri kat kampung....hihi
tak lama selepas tu, kek pisang senang betul dapat kat mini market, giant & tesco.....lantas terus tak rajin buat lagi ....lg pun anak2 dah jemu makan bila selalu buat......seterus nya....Kek Chocolate & Kek Gula Hangus....
Satu masa dulu selalu buat & jual kek chocolate siap topping lg pada kawan2 rapat.....jap lg kita bg resepi ya........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

JANGAN KAU PALINGKAN HATI INI SETELAH KAU BERI HIDAYAH

SANTAPAN ROHANI:

JANGAN KAU PALINGKAN HATI INI SETELAH KAU BERI HIDAYAH

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kemaluannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka

sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga)." (Al-Mukminun: 1-10)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SANTAPAN ROHANI

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum..

Sahabat yang dirahmati ALLAH

Dalam sebuah hadith dari Nabi saw bahawa baginda memberikan nasihat kepada seorang laki-laki dengan ucapannya sebagai berikut :
pergunakanlah yang lima sebelum datang yang lima
"Masa mudamu sebelum masa tua mu
"Waktu kayamu sebelum fakir
"Waktu luang mu sebelum waktu sibuk mu
"Waktu sihat mu sebelum sakit mu" dan
"Waktu hidup mu sebelum mati mu

Kerana sesungguhnya manusia mampu mengerjakan beberapa pekerjaan diwaktu mudanya dan tidak akan mampu lagi melakukan pekerjaan dengan sempurna di saat tuanya. Maka dengan hal itu sebaiknya dia bersungguh - sungguh didalam lima masalah ini dan mempergunakan saat -saat diwaktu sihat ,luangnya selama ia masih hidup.

Maka siapa yang rindu kepada Allah.sudah tentulah dia akan segera untuk taat segala perintah,dan barang siapa yang gerun dengan azab nereka, maka hendaklah menjauhi nafsu syahwatnya".

Telah diceritakan bahawa Putera Umar r.a pulang dari madrasah dengan menangis,Kata Umar r.a : hai anakku kenapa kau menangis? kata puteranya",anak-anak disekolah menghitung- hitung tampalan bajunya?" manakala pakaian Umar bertamapal 14 tempat dan sebahagian dari tampalan itu di perbuat dari kulit kayu. Maka Umar menyuruh pada pemegang baitulmal dan berkata:"Berilah kami hutang dari baitulmal 4 dirham,sampai awal bulan.Apabila telah diawal bulan depan,maka anggaplah sebagai bayaran bulanan saya,iatu;yang kami pinjam itu potonglah dari sebulan yang kami terima dari baitulmal

Pegawi baitulmal itu menulis surat pada umar r.a.....hai umar ra, apakah kamu yakin dengan hidup mu untuk sebulan lagi,sehingga kami tidak keberatan meminjamkan engkau? Apakah yang akan engkau perbuat,terhadap wang baitulmal tersebut,bila engkau meninggal,sedangkan engkau masih bertanggungjawab tentang wang negara tersebut
Membaca surat tersebut,maka menangislah umar ra,dan berkata pada putera:"hai anakku pergilah engkau ke madrasah sebagaimana biasa,sesungguhnya aku tidak yakin dengan umur ku,walau satu jam"'

Aisyah ra menceritakan"Rasulullah saw tidak pernah kenyang(kerana lapar) selama tiga hari berturut2,akibat hanya memakan roti terus menerus sehingga baginda sampai dari perjalananya"

Dalam sebuah riwayat yang lain:"tidak pernah kenyang walupun meskipun dengan roti dari gandum yang kasar,selama dua hari berturut,dan seandainya baginda di kehendaki,tentulah Allah memberinya apa-apa yang tidak terlintas dalam hatinya
Dan dalam riwayat yang lain:"keluarga Rasulullah tidak pernah kenyang(makan secukupnya)dengan roti,sampai baginda menghadap kepada Allah(wafat)

Aisyah ra juga menceritakan juga: bahawa baginda nabi tidak meninggalkan dinar dan dirham juga kambing dan tidak pula meninggalkan unta

Amir bin Harith ra menceritakan
"Nabis.a.w ketika meninggal dunia tidak meninggalkan harta, melainkan pedangnya,baghal betinanya dan sebidang tanah yang telah disedahkan

Kata Asyah ra,,sesungguhnya ketika nabi wafat tidak ada sesuatu yang orang dapat dimakan oleh orang yang menginginkanya,kecuali hanya sedikit gandum kasar di dapur

Semasa hayat Nabi s.a.w beliau bersabda pada Aisyah ra "Sesungguhnya telah ditawarkan kepada ku,pasir dan batu batuan kecil yang berada di mekah akan dijadikan semuanya emas untuk saya,kata saya:Tuhanku,janganlah biarkan saya lapar sehari dan kenyang sehari,pada hari saya lapar,saya bertadharu(merendahkan diri berbuat ketaatan) serta berdoa pada .Mu dan pada hari saya kenyang,saya bersyukur dan memuji - Mu" (Sahaih Hadith)

Didalam hadith lain diterangkan bahawa Malaikat Jibril telah dating bertemu Baginda nabi seraya berkata”Ya Muhammad,sesungguhnya Allah Taala telah berkirim salam untuk engkauserta ber firman kepada mu yang bunyinya nya:’ “Apakah engkau senang seandainya gunung-ganang ini Aku jadikan Emas untuk engkau dan selalu menyertaimu di mana kamu berada?”Baginda menunduk berfikir sejenak lalu menjawab lalu menjawab”Ya Jibril,sesungguhnya dunia ini rumah bagi orang-orang yang tidak mempunyai rumah,dan merupakan harta bagi mereka yang tidak mempunyai harta,sesungguhnya dunia ini di kumpulkan dan di timbun oleh orang-orang yang tidak menggunakan akalnya.”
Kata jibril kepada Nabi:Ya Muhammad mudahan-mudahan Allah menguatkan pendiriang mu,dengan kata-kata yang pasti.”

Aisyah ra berkata”Sesungguhnya kami,keluarga Muhammad pernah selama sebulan tidak menyalakan api(memasak) yang ada hanya Tamar dan Air sahaja.”
Juga Aisyah berkata:”Belum pernah perut nabi kenyang dan bagindapun tidak pernah berkeluh kesah kepada seseorangpun.Baginda lebih senang dalam kefakiran daripada hidup bergelumang kekayaan. Sesungguhnya baginda Rasulullah didalam keadaan lapar sepanjang malam dan baginda tetap berpuasa di pagi harinya,Dan seandainya bagindi kehendaki, baginda meminta kepada Tuhan(Allah)akan semua harta terpendam dari dalam bumi beserta buah-buahannya serta kesenangan hidup di dunia
Pada suatu hari saya (Aisyah) menangis seorang diri,kerana kasihan terhadap keadaannya (nabi saw) seraya saya berkata:”Sesungguhnya saya hairan,kenapa engkau tidak mahu berbekal dengan dunia ini,untuk kekuatan mu?”
Baginda saw menjawab:Untuk apakah saya dan dunia ini,kawan – kawan ku para rasul yang istemewa telah bersabar terhadap apa-apa yang lebih hebat keadaannya daripada ku ini dan mereka tetap terus dengan keadaan mereka,Lalu mereka menghadap Allah dan dia (Allah) memuliakan tempat kembali mereka dan membalas dengan pahala yang banyak untuk.Sesungguhnya saya (baginda saw) apabila saya berlebih-lebihan dalam hidup saya,serta Allah mengurangi bahagian saya esok(akhirat) dibawah mereka (para nabi) dan tidak ada yang lebih saya sukai adalah bertemu dengan kawan-kawan saya tersebut.”Aisyah berkata:” setelah beselang sebulan kemudian,baginda saw wafat.”

Dari Jabir ra (Jabir bin Abdullah) berkata:”ketika saya bersama Rasullah,tiba-tiba datang seorang laki-laki berwajah bersih,berambut rapi dan berpakaian serba putih,seraya mengucap salam:Assalamualaikum ya Rasullah,apakah ertinya dunia ini?”Nabi menjawab ‘Sebagai suatu mimpi orang yang tidur,”Tanya lelaki tersebut:Apakah ertinya akhirat itu?” sekelompok manusia ada yang di syurga dan sekelompok yang lain ada di neraka Si’ir ,’’ Tanya lelaki itu:Apakah syurga itu?’’ jawap baginda:Sebagai penganti dunia pada orang-orang yang telah mati. Kerana sesungguhnya nilai syurga itu sama dengan meninggalkan dunia ini”Tanya lelaki itu: Apakah Jahanam itu?” Jawap Baginda: sebagai ganti dunia untuk orang orang yang mencarinya.’’Tanya lelaki itu: Siapakah sebaik baik dari umat ini?” Jawap Baginda: orang-orang yang melakukan perbuatan taat pada Allah Taala, Tanya lelaki itu :Bagaimana orang yang desebut taat itu?” Jawap Baginda: Orang yang bersungguh-sungguh dalam usahanya,ibarat orang yang mrncari kafilahnya,’ Tanya lelaki itu: Apakah batasan dari taat itu?’’ Jawap Banginda:Sebagaiman a perbezaan dengan kafilah.’ Tanya lelaki itu: Berapa lamakah antara dunia ke akhirat itu.’’ Jawap Baginda; Ibarat selama mata terpejam sahaja.’’ Kata Jabir’’kemudia laki laki itu pergi dan kami tidak melihat lagi’’maka kata Rasulullah saw: orang laki laki itu tadi adalah Jibril yang datang kepada mu,supaya kamu menjauhi diri dari dunia serta cinta pada akhirat,’’

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

CETUSAN RASA SEORANG IBU.....

Buat Peringatan anak2 ku......Farhan, Safwan, Farah Ain, Anwar & Rasyid......
~~PELIHARALAH..
AKHLAKMU KERANA IA KEHIDUPANMU,
~~PELIHARALAH..
AGAMA KERANA IA ADALAH NYAWAMU
~~PELIHARALAH..
BUDI PEKERTIMU KERANA IA ADALAH LUKISAN HIDUPMU
~~PELIHARALAH...
AMALANMU KERANA IA ADALAH PAKAIAN UKHRAWIMU..
~~PELIHARALAH..
LISANMU KERANA IA ADALAH HATIMU YG LAHIRNYA MARUAHMU..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

DR. ASRI - TAWAKKAL ADALAH KEAJAIBAN HIDUP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

****MEMPEROLEH KESELAMATAN DI DUNIA & DI AKHIRAT****

SANTAPAN ROHANI:

Suatu ketika,Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya :Wahai Rasulullah,tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t : 'Pada saat sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris'. (Surah Naba' Ayat 18)
Mendengar pertanyaan itu,baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu baginda menjawab : "Wahai Muaz,engkau telah bertanya kepadaku perkara yg amat besar,bahwa umatku akan di giring,dikumpulkan berbaris-baris.Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :

BARISAN PERTAMA
Di giring dari kubur dgn tidak bertangan dan berkaki.keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih :'Mereka itu adalah orang2 yg sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya,maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

BARISAN KEDUA
Di giring dari kubur berbentuk babi hutan.Suara dari sisi Yang Maha Pengasih : 'Mereka itu adalah org yg sewaktu hidupnya meninggalkan solat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETIGA
Meraka berbentuk keldai,sedangkan perut mereka penuh dgn ular dan kala jengking,'Mereka itu adalah org yg enggan membayar zakat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka'..

BARISAN KEEMPAT
Di giring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. 'Mereka itu adalah orng yg berdusta di dalam jual beli'..

BARISAN KELIMA
Di giring dari kubur dgn bau busuk dari bangkai.Ketika itu Allah s.w.t. menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.Mereka itu adalah org yg menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah s.w.t,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka'...

BARISAN KEENAM
Di giring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yg menjadi saksi palsu,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..'

BARISAN KETUJUH
Di giring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka adalah orang yg enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..'

BARISAN KELAPAN
Di giring dari kubur dlm keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki keatas ."Mereka adalah orang yg berbuat zina,maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN
Di giring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah org yg makan harta anak yatim dgn cara yg tidak sebenarnya,maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEPULUH
Di giring dari kubur mereka dalam keadaan penuh penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yg derhaka kepada orang tuanya,maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Di giring dari kubur mereka dengan keadaan buta mata-kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yg minum arak,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEDUA BELAS
Di giring dari kubur dengan wajah yg bersinar-sinar laksana bulan purnama.Mereka melalui titian Sirat seperti kilat.Maka,datanglah suara di sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan :"Mereka adalah orang yg beramal soleh dan banyak berbuat baik.."

P/S untuk diri dan juga teman2,berdoalah semoga kita menjadi barisan ke 12 iaitu mereka menjauhi perbuatan derhaka,mereka memelihara solat 5 waktu,ketika meninggal dunia mereka sudah bertaubat.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Syurga,mendapat ampunan,kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.. Walluhu 'alam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Khas buat yang bergelar Wanita

                           ******  WANITA *******
           

KAU DIGELAR SEBAGAI PENYERI DUNIA
HADIRMU MELENGKAP HUBUNGAN MANUSIA
BUKAN SAHAJA DIRINDUI YANG BIASA
MALAH ADAM TURUT SUNYI TANPA HAWA

AKALMU SENIPIS BILAHAN RAMBUT
TEBALKANLAH IA DENGAN LIMPAHAN ILMU
JUA HATIMU BAK KACA YG RAPUH
KUATKANLAH IA DENGAN IMAN YG TEGUH

TERCIPTA ENGKAU DARI RUSUK LELAKI
BUKAN DARI KAKI UNTUK DIALASI
BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIJUNJUNG
TAPI DEKAT DIBAHU UNTUK DILINDUNG
DEKAT JUA DIHATI UNTUK DIKASIHI
ENGKAULAH WANITA HIASAN DUNIAWI

MANA MUNGKIN LAHIRNYA BAYANGAN YG LURUS ELOK
JIKA DATANGNYA DARI KAYU YG BENGKOK
BEGITULAH PERIBADI YG DIBENTUK
DIDIKLAH WANITA DENGAN KEIMANAN
BUKANNYA HARTA ATAUPUN PUJIAN
KELAK TIDAK DERITA BERHARAP PADA YG BINASA
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

SEDARILAH INSAN ISTIMEWA
BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN
BUKAN JUA PENGHINAAN DARI ALLAH
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKAN

(LIRIK LAGU DE HEARTY)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA - Dr. Fadilah Kamsah

 BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA, apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERINGATAN BUAT ANAK2 KU.........

Antara Ibu Bapa dan Kekasih.....

Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati anda. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju. Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai 2 pilihan.

Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin.

Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”
Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “Aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenalpasti ciri-ciri menantu idaman daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza. Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan doa-doa serta solat-solat yang berkaitan dengan hajat anda.. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan anda.

dari coretan Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

DENGARLAH CERITA ISTERIMU.......

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.
Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.
Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita mempunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".
Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".
Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.
Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.
Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.
Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.
Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.
Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.
Amalkanlah

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

JANGAN SAMPAI KESEMUA PINTU ITU KAMU TUTUP..........




Kekalkanlah kepercayaan kamu, walaupun hanya tinggal secebis ~

Ada masa kadangkala kita ini melihat diri kita tidak punya harapan. Pelbagai jenis tidak punya harapan yang mungkin kita hadapi. Lain manusia, lain tidak punya harapannya.

Ada orang merasakan, dirinya tidak punya harapan untuk menjadi baik, soleh, bertaqwa dan sebagainya. Setiap kali dia berusaha ke arah kebaikan,dia mesti jatuh. Ataupun, dia menyedari bahawa dia perlu jadi baik adalah apabila dia telah tenggelam dalam lautan kemaksiatan, dan kemaksiatan itu telah menjadi darah dagingnya.

Ada orang lain pula, merasakan bahawa dirinya tidak punya harapan untuk bahagia. Dalam hidupnya hanya ada kesusahan. Dari kecil tidak difahami. Asyik dibenci walau telah mencuba yang terbaik. Sering gagal walau telah berusaha. Dan dalam apa jua kerjanya, tindakannya, perjalanan hidupnya, pasti ada dugaan dan cubaan yang membawa derita mengekorinya.

Dan ada macam-macam jenis lagi ‘perasaan tidak punya harapan’ yang wujud pada manusia.

Dan perasaan-perasaan ini biasanya membawa kita kepada ‘penutupan kepercayaan kita kepada Allah SWT’. Kita rasa Allah tidak menyebelahi kita. Kita rasa Allah memang nak masukkan kita dalam neraka. Kita rasa Allah memang telah mentakdirkan kita dengan penderitaan. Kita rasa itu, dan kita rasa ini.

Tetapi guru saya, Dr Ala’ Hilat berpesan:

“Hendaklah kamu, jangan sampai kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”



Kisah Imam Ahmad dan seorang pencuri 1

Dr Ala’ mengeluarkan ayat itu, selepas dia menceritakan kepada kami akan kisah Imam Ahmad ibn Hanbal Rahimahullah, dengan seorang lelaki yang sering mencuri.

Lelaki itu, kerjanya mencuri. Satu hari, Imam Ahmad menangkapnya mencuri di sebuah kedai. Pada hari yang lain, Imam Ahmad menangkapnya lagi di tempat yang lain. Dan pada satu hari yang lain, sekali lagi Imam Ahmad menangkapnya di tempat yang lain. Itu di kala Imam Ahmad terjumpa akan pencuri itu, dan bagaimana agaknya sikap pencuri itu di tempat yang tidak dijumpai Imam Ahmad?

Pastinya dia mencuri lebih banyak lagi, dan tidak pula berhenti dari perbuatannya itu walau telah ditangkap beberapa kali.

Namun pada suatu hari, Imam Ahmad melihat seorang lelaki yang khusyuk solat sebelum masuk waktu Subuh di hadapan Kubur Rasulullah SAW, dalam Masjid Nabawi. Bila diperhatikan dengan lebih teliti, barulah Imam Ahmad perasan bahawa lelaki yang sedang bersolat itu, adalah lelaki yang telah ditangkapinya beberapa kali.

Imam Ahmad agak terkilan dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu lelaki itu masih mencuri. Tetapi kini lelaki itu dengan selambanya muncul di kubur Rasulullah SAW. Sedang tempat itu adalah tempat yang mulia.

Imam Ahmad segera mendapatkan lelaki itu selepas lelaki itu menyempurnakan solatnya. Lengan lelaki itu ditarik.

“Wahai Fulan, tidakkah engkau malu kepada Allah dan Rasulullah SAW? Engkau adalah seorang pencuri, dan kini engkau bersolat berdekatan kubur Rasul SAW? Apakah engkau tidak malu berada di tempat semulia ini?”

Lelaki itu menjawab: “Wahai Syeikh, janganlah kau memarahiku. Ya, aku memang pencuri. Dan selepas ini aku pasti akan keluar lagi mencuri. Tetapi wahai Syeikh, inilah dia pintu yang aku masih buka untuk Allah SWT. Aku telah menutup semua pintu yang lain Syeikh. Tetapi pintu ini, aku masih membukanya. Aku berharap, moga-moga nanti, dari pintu inilah aku keluar daripada kehidupanku yang sebegini.”

Imam Ahmad terdiam. Lantas, membiarkan lelaki tersebut.

Yang dimaksudkan oleh lelaki itu amat difahaminya. Lelaki itu tidak boleh tidak mencuri. Itu seakan-akan telah menjadi darah dagingnya. Lelaki itu telah berputus asa untuk berhenti mencuri. Dia telah berputus asa untuk menjadi seorang yang baik. Tetapi dia tetap membuka sebuah pintu, yakni amalannya itu, solat sebelum subuh di hadapan Kubur Rasulullah SAW. Dia kekal melaksanakan amalannya itu, walaupun dia telah berhenti melaksanakan perkara-perkara lain. Dia masih membuka sedikit ruang, untuk percaya bahawa dia masih punya harapan.

Kisah Imam Ahmad dan seorang pencuri 2

Selepas beberapa tahun berlalu, Imam Ahmad tidak lagi melihat lelaki itu. Juga tidak lagi menjumpainya mencuri. Dan apabila tiba satu musim Haji, Imam Ahmad pun berangkat ke Makkah.

Di Makkah, dia perasan akan seseorang yang sedang berada di bawah lembayung Kaabah. Meratap dan menangis hiba sehiba-hibanya. Wajah orang itu pucat, dan tubuhnya kurus. Namun wajah itu seakan punya nur. Mata lelaki itu kelihatan agak kehitaman tanda banyaknya tangisan.

Imam Ahmad tertarik dengan kesungguhan lelaki itu, lantas mendekatinya.

Alangkah terkejutnya, apabila dia rupanya mengenali lelaki itu.

“Wahai fulan, bukankah engkau pencuri yang meninggalkan satu pintu antara dia dan Allah terbuka?”

Lelaki itu memandang Imam Ahmad. “Ya, wahai Syeikh. Akulah orang itu. Dan daripada satu pintu yang belum aku tutup itu, Allah keluarkan aku, menjadi aku yang hari ini.”

Dan Imam Ahmad Ibn Hanbal hanya mampu memuji Allah SWT akan apa yang diperhatikannya.



Allah itu, Maha Besar.

Dr Ala’ selepas menceritakan kisah itu, berkata kepada kami:

“Allah itu Maha Besar. Dia tidak sekecil kita yang diciptaNya. Allah itu Maha Besar, hingga dosa-dosa yang kita lakukan ini Dia mampu berikan masa. Sebab Dia terlalu besar untuk rasa terhina dengan dosa-dosa kita. Dia tidak terus mengazab kita. Lihatlah kaum-kaum sebelum kita, Allah menghantar terlebih dahulu Rasul. Maka percayalah bahawa Allah itu tidak sesekali meninggalkan kita. Percayalah bahawa Allah itu tidak akan sesekali menzalimi kita. Yang sebenarnya berlaku adalah, kita yang tidak mampu mencapai hakikat kebesaran Allah SWT yang sedang berjalan ke atas kita.”

Dr Ala’ menyatakan bahawa, kita tidak pernah tahu apa yang Allah inginkan daripada kita. Bila Allah berikan kita ujian, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan menurunkan ujian itu. Bila Allah berikan kita penderitaan, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan penderitaan itu. Bila Allah berikan kita kesukaran, halangan, cabaran, kesakitan, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan semua itu.

Tetapi kita sepatutnya tahu bahawa, Allah itu tidak menginginkan sesuatu, melainkan hanya kebaikan untuk hamba-hambaNya.

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu).” Surah An-Nisa’ ayat 40.

“Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.” Surah Ali-Imran ayat 108.

Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Dia(Allah) berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku menjadikan ia dikalangan kamu sebagai perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim menzalimi di antara satu sama lain…” Hadith riwayat Muslim.(terdapat juga di dalam Hadith 40 An-Nawawi).

Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya. Mustahil.

Tinggal kita melihat Allah sebagai zalim, sebagai tidak memerhatikan, sebagai meninggalkan kita, kerana kita adalah ‘manusia’. Makhluk. Tidak mampu mencapai dan memahami ‘Maha Besar’ Allah itu.

Kekalkanlah kepercayaan, walaupun sedikit. Yakinlah.

Maka akhirnya Dr Ala’ berpesan:

“Hendaklah kamu, jangan hingga kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”

Percayalah. Walaupun seperti menelan pasir peritnya. Bersabarlah. Walaupun seperti sedang berada di atas bara api penderitaannya. Dan walau apa pun yang terjadi, walaupun kita sudah terjatuh dalam gaung yang terdalam sekali dalam berputus asa kepada Allah SWT, dalam bermaksiat kepada Allah SWT, kekalkanlah walau secebis kepercayaan yang kita mampu.

Moga-moga daripada pintu kita yang masih kita buka itulah, Allah akan keluarkan kita daripada segala penderitaan, daripada segala masalah, daripada segala mehnah dan tribulasi, daripada kesedihan, daripada maksiat, daripada kejatuhan, daripada keingkaran yang kita lakukan dan hadapi.

Sebab Allah itu Maha Besar.

Dan mustahil dengan kebesaranNya itu, Dia meninggalkan kita atau menzalimi kita.

“…Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.




p/s  Saya ambil info yg sangat menarik ini dari rakan facebook Ustaz Penang......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments