PERASAAN CINTA KITA....

SANTAPAN ROHANI :

~Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia.
Manusia perlu mencintai dan di cintai.
Cinta paling agong dan paling tinggi adalah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Cinta-cinta yang lain sesama makhluk mestilah berpaksikan cinta kerana Allah, kerana cinta bukan kerana Allah menyebabkan cinta itu palsu dan tidak akan kekal lama dan ianya berasakan nafsu semata-mata. Allah s.w.t akan murka kepada sesiapa yang mencintai orang lain bukan kerana-Nya...

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)...(at-Taubah:24)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya..." (Surah An-Nisa': 69)

Marilah kita memberikan memberikan cinta kita kepada Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Pada masa yang sama mencintai kekasih-Nya Rasulullah s.a.w dengan mentaati sunnah dan ajaran baginda, melebihi cinta kita kepada diri sendiri dan cinta pada yang lain-lain.
Semoga cinta yang agung ini akan menyelamatkan kita daripada seksaan yang daksyat di hari akhirat nanti...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: