~~"Marilah sama-sama kita berusaha menyucikan jiwa,membersih hati,
memperbaiki diri kerana pertemuan dengan Allah kelak....
memerlukan hati yang sejahtera, jiwa yang suci...
Apabila terasa kepenatan dengan ragam dunia,
pujuklah hati dengan kekalnya kebahagiaan di akhirat,
singkatnya kebahagiaan di dunia yang hina ini..."

Ya Allah,
jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti
dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati...

Ya Allah,
Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati kami,
hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau,
sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami,
selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji
dan jauhilah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami...

Laa haulawala quwatta Illa Billah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: