KENAPALAH ENGKAU MALAS SEMBAHYANG?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
- Artikel iluvislam.com
Wahai isteriku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya
Wahai isteriku
Haraplah pada Allah SWT
KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu
Wahai isteriku
Jangan sesekali kau menangis keranaku
tetapi menangislah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku
Wahai isteriku
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku
Wahai isteriku
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT
Wahai isteriku
Dikala kau bersedih keranaku
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya
Wahai isteriku
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu
Wahai isteriku
simpanlah air matamu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah
Wahai isteriku
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu
Wahai isteriku
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya
Wahai isteriku
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrat
hanya atas apa yang Allah izinkan untukku
Wahai isteriku
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu
Wahai isteriku
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT
dengan semata-mata mengharapkan diriNya
Wahai isteriku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku,
malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.
Wahai isteriku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.
Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.
[note]: Sekadar luahan hati seorang suami yang hanya sekadar mampu memberikan yang terbaik kepada isteri. Namun kebahagiaan, kepuasan hati, keceriaan, keharmonian, mawadah, kasih sayang dan semua itu adalah datang dari Allah terus ke jiwa isteri. Suami tidak mampu lakukan yang itu. Suami hanya mampu lakukan tanggungjawab yang diberi Allah.
(hasil nukilan Saudara Fuad Latip)
JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPANMU
Jika isteri menangis dihadapanmu....
"Hargailah ia sebelum terlewat.."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi....
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....
Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu dan selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu....
Dia akan menurunkan rasa Egonya....
Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis keranamu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian....
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam....
Wahai suami2,jika seorang isteri menangis keranamu,tolong jangan menyianyiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu,perlakuanmu, kau merosakkan kehidupannya....
Saat dia menangis didepanmu,saat dia menangis keranamu.Lihatlah jauh ke dalam matanya.Dapatkah kau lihat dan kau rasakan Sakit yang dirasainya keranamu?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu DAHSYAT....
Tutur katanya merupakan KEBENARAN....
SENYUMANNYA,adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya....
PELUKAN DAN CIUMANNYA bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya....
Dia TERSENYUM bila melihat temannya TERTAWA....
Dia TERHARU DIA MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya....
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANNYA....
Dia sangat GEMBIRA bila melihat KELAHIRAN....
Dia begitu sedih bila melihat KEMATIAN....
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN....
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal....
Bahawa "BETAPA BERHARGANYA DIA"
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang SOLEHAH dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu BERHARGA dan SANGAT BERHARGA....
WALLAHU A'LAM BISHSHAWWAB~