Assalamualaikum wbt.

Imam Al-Ghazali yang dirahmati Allah telah menyebut didalam kitab Bidayatul Hidayah mengenai Adab Terhadap Kedua Ibubapa adalah sepuluh perkara:

1- Ia hendaklah mendengar dan menurut segala perkataan ibu-bapanya. Segala suruhan ibu -bapa wajib diterima dan haram menyalahinya dan segala yang ditegah wajib dijauhinya.
2- Ia hendaklah berdiri ketika ibu-bapanya berdiri kerana mentakzimkannya.
3- Jangan berjalan dihadapan ibu-bapanya.
4- Jangan mengangkat suara mengatasi suara ibu-bapanya.
5- Apabila ibunya memanggilnya hendaklah dijawab dengan sopan, seperti dijawabnya dengan sesuatu yang memberitahu bahawa ia 'membesarkan' ibu-bapanya seperti (saya datang) atau (ya) atau (tuan) atau (puan).
6- Ia hendaklah bersungguh-sungguh memelihara bagi mendapatkan keredhaan ibu-bapanya daripada perkataan dan perbuatan serta merendahkan dan menghinakan diri bagi ibu-bapanya.
7- Jangan mengungkit terhadap kedua-dua ibu-bapanya dengan sebab berbuat kebajikan bagi mereka dan dengan sebab memelihara sekalian pekerjaan bagi mereka.
8- Jangan memandang mereka berdua dengan pandangan yang menyakiti mereka atau dengan pandangan marah terhadap mereka.
9- Jangan memasam muka dihadapan ibu-bapa kerana marah kepada mereka.
10- Jangan bermusafir melainkan dengan izin kedua ibu-bapa, kecuali musafir itu bagi menunaikan haji yang fardu ain keatasnya, maka ia tiada berkehendakkan kepada keizinan kedua-dua ibu-bapanya, tetapi ia sunat meminta izin kedua-dua ibu-bapanya. Adapun musafir bagi melakukan haji yang sunat atau yang fardu kifayah maka ia tiada harus melainkan dengan keizinan kedua-dua ibu-bapanya. Dan demikian juga musafir bagi menziarahi makam anbia dan aulia dan sebagainya tiada harus melainkan dengan keizinan kedu-dua ibu-bapanya, tetapi harus musafir bagi menuntut ilmu tanpa keizinan kedua-dua ibu-bapanya.

Demikianlah. Sesungguhnya Allah jua yang memberi petunjuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: