Doa untuk sahabatku...
Segala puja dan puji itu hanya milikmu
wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat
dan salam buat Rasul junjungan petunjuk
sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w
dan ahli keluarga serta para sahabatnya
yang umpama bintang-bintang
bergemerlapan.
Ya Allah
Dalam perjalanan kehidupan ini telah
Engkau jadikan bagiku seorang teman.
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan
sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan
baginya satu peraturan yang hanya Allah
yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah
Dalam kekalutan begini, dia pergi
menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu
pesanan melalui seorang teman buatku.
Dimanakah salahku wahai Tuhan dan
tunjukkanlah di mana silapku. Jangan
Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui
apakah kesalahan yang telah aku lakukan
terhadapnya.
Ya Allah
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka
disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.
Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh
rasa kehambaan yang penuh kehinaan
memohon padaMu bagi pihaknya, kerana
dia adalah sahabatku.
Ya Allah
Ampunilah daku dan sahabatku dan
masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan
Engkau adalah Tuhan yang maha
penyayang.
Ya Allah
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu
dosa melainkan telah Engkau ampunkan.
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah
Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya
melainkan telah Engkau hilangkan
daripadanya. Tiada suatu hutangnya
melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada
suatu kesakitan melainkan telah Engkau
sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari
keperluan dunia dan akhiratnya yang telah
Engkau redhai dan tepat untuknya
melainkan telah Engkau tunaikan segalanya
baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah
Lindunglah sahabatku dari hilangnya
nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu
dan mendadaknya seksaMu dan berbagai
macam murkaMu.
Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu
tabahkanlah dia dalam menghadapi segala
urusan dan kekuatan dalam menerima
petunjukMu.
Ya Allah
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan
dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang
mensucikannya.
Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi
pihaknya dengan sabaik-baik permintaan,
sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik
kejayaannya dan sebaik-baik pahala
baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah
timbangan kebaikannya. Mantapkanlah
imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah
solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.
Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu
tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah
perkenankanlah permohonanku.
Ya Allah
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang
aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan,
maka ampunkanlah kealpaan dan
kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui
segala hajatnya, maka kabulkanlah
permohonannya. Ya Allah, aku bermohon
baginya kepadaMu keimanan yang selalu
mendampingi hatinya, dan keyakinan yang
kuat sehingga dia mengerti bahawasanya
tidak akan menimpa dirinya kecuali apa
yang telah Engkau tentukan baginya dan
bahawasanya apa sahaja yang telah
menimpa dirinya bukanlah semata-mata
yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang
telah meluputkannya bukanlah yang semata-
mata menimpa dirinya.
Ya Allah
Aku bermohon baginya kepadaMu iman
yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang
dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya
cukupkan. Ya Allah jadikanlah dia cinta
kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan
rela kepadaMu dengan segala kemampuan
dirinya seluruhnya. Ya Allah jadikanlah
cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan
amal perbuatannya seluruhnya hanyalah
untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya
dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu
sebagai penguat untuknya mencintai apa
yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya
kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.
Ya Allah
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain
Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal.
Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy
yang agung.
p/s : nukilan ni gee ciplak dr rakan FB, Syam(Abu Zarr)
DOA UTK SAHABATKU ........dr nukilan ABU ZARR(syam)
Posted by
Ibu Gee
|
/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
minat sgt pd tulisan2 anak muda bernama syam@abu zarr ni.....yg gee kenali di facebook......segala tulisan serta info2 keagamaan mmg sentiasa menginsafkan diri....terasa begitu kerdil nye aku di sini MU, Ya Allah.....Layak kah aku k syurga MU......kau bersihkan hati ni agar sentiasa dekat dan dekat padaMU.....berikanlah taufik dan hidayah, agar aku menjadi hambaMU yg sentiasa taat pd ajaran & suruhanMU.......amin
Post a Comment