Hati Seorang Yang Tenang......

Asas kebahagiaan bermula dari seorang suami yg beriman,isteri yg beriman dan anak2 yg beriman.Hanya orang2 yg baik-baik sahaja boleh menjadikan hidup mereka berkualiti dan diredhai.Wanita beriman @ baik mempunyai peribadi yg tinggi dan mulia.Hatinya suci,tahap imannya tinggi,amal ibadahnya banyak dan sangat menghormati suami.Seorang wanita yg tenang dan berbahagia adalah seorang yg:

1.Selalu berada di rumah jika tiada urusan mustahak ditempat lain.

2.Selalu mengembirakan suami dengan layanan2 mesra.

3.Mudah tersenyum dan mudah meminta maaf apabila melakukan kesalahan

4.Memelihara kehormatan diri

5.Meminta izin suami sebelum melakukan sesuatu lebih2 lagi dalam soal  membuat keputusan yg melibatkan dunia luar.

6.Mengurus rumahtangga dengan ikhlas.

7.Tidak mendesak suami atau meminta yg bukan2 hingga menyusahkan suami.

8.Sentiasa menaruh rasa malu terhadap suami.

9.Taat dan patuh kpd suami serta memberi perhatian kpdnya apabila dia bercakap.

10.Menjaga kebersihan dan  kecantikan diri.

11.Lahirkan rasa bersyukur dgn apa yg ada

12.Sentiasa merasakan suami ada kelebihan.

 Manakala seorang suami yg tenang dan berbahagia ialah seorang suami yang:
1.Sentiasa faham tuntutan agama terhadap dirinya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. "Takutilah olehmu kepada Allah kerana semua perempuan adalah amanah Allah kepada kamu.Barangsiapa yg tidak menyuruh isterinya mengerjakan solat dan tidak mengajar mereka ilmu fardhu ,maka berlaku khianatlah dia kepada Allah dan RasulNya.'"

2.Seorang yg lembut dengan isteri dan ahli keluarganya yg lain sebagaimana sabda baginda s.a.w. " Seorang Mukmin yg sempurna imannya ialah orang yg baik akhlaknya dan berlemah-lembut dengan ahlinya (keluarganya)."
 
" Sebahagian daripada tanda2 kebesaran Allah bahawa Dia menjadikan untukmu jodoh(suami/isteri) daripada jenismu sendiri,agar kamu memperolehi sakinah(ketenangan/kegembiraan)padanya,dan kemudian Dia ciptakan antara kamu berdua cinta berahi dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yg demikian itu menjadi tanda bagi mereka yg mahu berfikir." (Surah Ar-Rum,31)

   Rasa bahagia membuahkan sakinah dan menimbulkan kesetiaan yg tahan diuji.Cinta perlu diusahakan agar sentiasa subur,membara dan stabil suhunya.Penyakit perkahwinan moden ialah lekas dingin dan cepat bosan.Kerana itu cinta perlu dirawat,dipupuk dan disirami agar tidak kering tetapi segar dan mekar.Hal ini perlu diusahakan oleh kedua-dua belah pihak suami dan isteri.Tidak mungkin bahagia dapat dicapai jika satu pihak sahaja yg berusaha sedangkan yg satu lagi tidak.Kelalaian merawat cinta akan membahayakan perkahwinan.Justeru itu,rawatlah selalu cinta dengan binaan-binaan sayang dan kemesraan.
Wallahualam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: