Masih Subuh Atau Senja???
Hari sudah senja dan waktu maghrib hampir tiba. Namun kelibat mereka masih belum kelihatan. Hatiku berkata-kata, di mana silapku. Tidak, aku pernah menegur dan mengingatkan mereka tentang waktu solat. Sejak kecil lagi, mereka telah ku didik sempurna tentang fardhu kifayah dan mengaji al-Quran. Aku telah mengajar anak-anakku mendirikan solat sebaik sahaja mereka masuk usia aqil baligh.
Sehingga dewasa, mereka telahpun menjejakkan kaki ke tanah suci mengerjakan umrah. Hanya belum mengerjakan haji. Itulah satu-satu hajatku yang belum dapat ku tunaikan.
Perlukah aku mengingati mereka tentang semua ini lagi. Di manakah rasa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT??? Sudahkah mereka lupa setelah usia mencecah suku abad???? Atau mungkin mereka lalai dalam kehidupan dunia mereka???? Apa pulak akan terjadi kepada zuriat mereka sendiri???
Kini azan pun sudah berkumandang menandakan waktu maghrib sudah masuk. Kecewa rasa hati ini. Aku terus mengangkat wudhuk dan menunaikan tanggungjawabku.
Setelah selesai solat maghrib, fikiranku mengimbas kembali pada zaman kanak-kanakku. Setiap hari selepas solat maghrib, ibu dan ayahku mengajar kami mengaji al-Quran dengan rotan siap ditangan. Kata pepatah melayu, tiada rotan akal berguna. Tetapi tidak dengan ibu dan ayahku.
Rotan dan sebatan menjadi teman kami waktu belajar. Kami diajar solat di usia 6 tahun dan kerana rotan dan sebatanlah membuat diriku tidak pernah lalai mahupun leka menunaikan tanggungjawabku. Hatiku teguh mendirikan solat sejak zaman kanak-kanak hingga kini. Kami dilatih berpuasa serentak setelah mula mendirikan solat.
Waktu kanak-kanak dahulu, memang terasa payah sekali. Tetapi dengan sokongan dan dorongan kuat kedua ibu bapaku, kami merasa nikmatnya berpuasa.
Begitulah aku didik anak-anakku seperti dididik oleh ibu bapaku dahulu. Cuma tanpa menggunakan rotan dan sebatan. Aku tidak sampai hati untuk memukul anak-anakku, yang telah kukandung selama 9 bulan. Cuma kini hatiku risau, fikiranku kucar-kacir dan perasaanku amat kecewa. Setelah apa yang aku didik, ajar mereka, kemanakah semua ilmu itu pergi???
Mampukah mereka menjadi insan-insan mulia, memikul nama baik kami setelah kami tiada di dunia ini nanti??? Semenjak arwah ayahku meninggal 10 tahun lalu, aku belum lagi terlupa untuk mendoakannya dan begitu juga untuk ibuku yang masih hidup. Apakah anak-anakku akan mendoakan kami agar kami tidak kehausan di alam barzakh???
Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Janganlah kami di tanya atas kelalaian mereka setelah kami mengajar dan mendidik mereka. Janganlah kami di seksa dan dihumbankan ke dalam api nerakamu setelah kami telah taat dalam perintah mu agar mengajar anak-anak kami seperti yang telah diamanahkan kepada kami.
Kami tidak pernah mengeluh mahupun menyesal diatas segala kesusahan dan keperitan kami sewaktu kami membesarkan mereka. Semua ini kami lakukan demi amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu kami.
Wallahu'alam..............
p/s....coretan ni di ambil dari rakan fb -Ustaz Penang.
Masih Subuh Atau Senja......fikir2kan lah
Posted by
Ibu Gee
|
/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment