Sesungguhnya Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hambanya. Tidak kira lelaki atau perempuan.
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yg lebih kuat drp lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia2.”
2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebajikan dan menghapuskan drpnya 1000 kejahatan.
3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala org yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia drp dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drp susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan org yg takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kpd keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan drp anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dlm syurga lebih dahulu drp suaminya (1000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia pintu syurga mana sahaja yg dikehendakinya.
11. Wanita yg solehah(baik) itu lebih baik drp 1000 lelaki yg soleh.
12. Aisyah berkata, “ Aku bertanya kpd Rasulullah, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan2 di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yg tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dlm syurga.
18. Barangsiapa yg mempunyai 3 org anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu bersikap ihsan dlm pergaulan dgn mereka dan memdidik mrk dgn penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Drp Aisyah r.a “Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu drp anak2 perempuannya, lalu berbuat baik kpd mereka, maka mrk akan menjadi penghalang baginya drp api neraka.
Maha Suci Allah... Banyak dan besar pahalanya untuk orang yang bergelar wanita. Kepada lelaki, perempuan bukanlah orang suruhan ataupun sebagai 'barang mainan'. Iktibar dengan kisah kejadian Adam A.S dan Hawa. Allah jadikan Hawa untuk menemai Adam A.S yang kesunyian ketika disyurga.
Sebelum Nabi Adam A.S dan Hawa (Eve - Bagi Kristian dan Yahudi) di hantar ke Bumi, Nabi Adam A.S diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya. Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya. Lalu baginda disoal oleh malaikat "Wahai Adam! Apa dan Siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam "Seorang perempuan. Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya." "Siapa namanya?" tanya malaikat lagi. "Hawa", jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?", tanya malaikat lagi. Adam menjawab "Untuk mendampingiku, memberi kebahagian kepadaku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Ya Allah....Makbulkan lah doa2ku.......
Posted by
Ibu Gee
|
/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment