Buat Seorang Bergelar Ibu......

Ibu….

Wajahmu sentiasa memancar ceria

Bibirmu tersulam senyum bahagia

Walau derita menyuntik sengsara

Kau sabar harunginya



Ibu…

Kau korbankan segala demi anakmu

Kau rela apa saja untuk menatap senyumku

Pengorbananmu cukup bermakna

Pengorbananmu amat berharga

Ikhlasnya kau melimpahkan kasih

Setianya kau menyulam sayang

Teguhnya ikatan mesra

Ibarat karang di lautan sana

Budi yang kau semai

Hanya tuhan yang tahu menilai

Tulusnya budi membentuk sahsiah terpuji



Ibu…

Hanya kau ratu hatiku

Hanya kau cahaya kasihku

Terima kasih ku rangkaikan

Atas untaian cinta yang kau sembahkan

Ku iring doa sepanjang hidupmu

Moga kau bahagia meniti usia

Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: