“12 Barisan Umat Muhammad S.A.W di Padang Mahsyar”

Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya


Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam

Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat
tetapi masih melakukan kemungkaran

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung

penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat


Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya

Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli


Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk

Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau
maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut
kepada Allah


Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus

Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan
cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya


Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya

Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau
menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan
hukuman tidak dapat dijalankan


Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)

manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa
bertaubat


Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya

berapi Mereka di dunia memakan harta anak yatim


Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak

(sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya



Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk,

bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai
ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak


Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya

Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.



P/s : Diharapkan dengan ilmu di atas, kita semua dapat memuhasabahkan diri dan terus kembalikan diri kepada-Nya. Insyaallah… =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

EXCLUSIVE! Zizan Raja Lawak ft. Dina - Selamat Tinggal HD Music Video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

WAKTU YANG TINGGAL.......

Sepi meruntun jiwa-jiwa hampa
malam berlalu tanpa pengabdian hamba
terbuka pintu langit, berakhir sia-sia
sayap malam pergi mengibas alpa.

Siangmu sibuk mencari harta
cintamu mabuk pada dunia
sujud terlepas, kewajipan hancur
harta takkan dibawa ke kubur.

Waktu yang tinggal, himpunkan bekal
bila daunmu gugur, ada yang tinggal
ajal maut tak kenal usia dan darjat
kelmarin sihat, sekarang diangkat.

Tatkala zaqqum disuguhkan ke lapar
hancurlah isi dan kulit menggelepar
tubuh luluh, roh menggeletar
mana mungkin ada maut mengejar.

Bahang membangkit panas membukit
minuman diteguk menambah sakit
dahaga tak mungkin akan menghilang
sampai kapan dicarik dan diganyang?

-Artikel iluvislam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

-DARI KEKASIH BUAT KEKASIH-

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."

Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.

Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.

Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.

Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!

Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.

Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

-Artikel iluvislam.com-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SALING INGAT MENGINGATI.

" Budi kebajikan itu memelihara seseorang dari malang dan bahaya dan bersedekah dalam sulit memadamkan kemurkaan Tuhan dan menyambung silatul Rahim melanjutkan umur." ( HR At Thabrani )

" Bentengkanlah harta kamu dengan zakat dan ubatilah pesakit-pesakit kamu dgn sedekah dan hadapilah gelombang bala dan malapetaka dengan doa dan tadharru' kepda Allah." ( HR Abu Daud )

" Dengan satu sedekah yg dikeluarkan tercabut tulang keng 70 ekor syaitan,semuanya menegah sedekah itu dikeluarkan." ( HR At Termizi )

" Syaitan menjanjikan ( menakut-nakutkan ) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurniaan dan Allah Maha Luas (kurniaannya) lagi Maha Mengetahui." ( Surah Al Baqarah 286 )

" Apa yg ada di sisi kamu akan kehabisan dan apa yang ada di sisi Allah akan tinggal kekal." ( Surah An Nahl 92 )

" Hai anak Adam keluarkanlah apa yg ada padamu sedangkan di sisimu ada perbendaharaan yg tidak terhangus oleh kebakaran,tidak tenggelam oleh air dan tidak dihilangkan oleh kecurian.Aku berikan kpd engkau ketika engkau sangat berhajat kepadanya." ( HR Al Baihaqi )

" 3 perkara aku bersumpah ke atasnya..tiada kurang harta seseorang hamba yg bersedekah,seorang hamba yg ditimpa zalim kemudian ia bersabar menanggungnya,nescaya Tuhan menambahkan baginya kemuliaan dan seorang yg meminta-minta maka Allah akan membuka kepadanya pintu kepapaan."
( HR Ibnu Majah )

Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

" Hai hamba-Ku...Belanjakanlah nescaya Aku pula akan belanjakan kepadamu.Tangan Tuhan sentiasa tepu tiada meluakkan Dia sesuatu oleh perbelanjaan sepanjang-panjang malam dan siang.Tidakkah kamu lihat apa yg telah Ia belanjakan sejak langit dan bumi dijadikan? Ia tidak menyurutkan sesuatu yg ada ditangan-Nya.Singgahsana-Nya di atas air dan di dalam tangan-Nya neraca timbangan diturun dan diangkatkan." ( HR Bukhai )


" Tiada suatu hari yg manusia berpagi-pagi padanya melainkan turun kepada mereka 2 malaikat,salah satu drpnya berkata: " Ya Allah...berikanlah kpd setiap orang yg membelanjakan untuk kebajikan akan gantinya"..manakala yg satu lagi berkata: " Ya Allah berikanlah setiap orang yg kikir itu kemusnahan.".." ( HR Bukhari )

" Sesungguhnya engkau meninggalkan anak2 engkau dengan keadaan mereka berada adalah lebih baik dari meninggalkan mereka dengan keadaan menadah tangan meminta rahmat orang." ( HR Bukhari )

" Bahawa seorang Muslim bila ia bernafkah utk anak isterinya dgn sesuatu nafkah dengan niat mencari pahala dari Allah SWT maka nafkahnya itu ditulis sebagai suatu sedekah." ( HR Bukhari )

" Sedekah kepada miskin diberi satu pahala,sedekah kepada kerabat diberi 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala menyambung silatul Rahim." ( HR At Termizi )


" Wahai umat Muhammad demi Tuhan yg membangkitkan aku dengan kebenaran.Allah tidak menerima sedekah drp seseorang sedangkan ia mempunyai kerabat yg berhajat kepada pertolongannya dan sedekahnya itu diberi kepada orang lain.Demi Allah yg memiliki diriku...Allah tidak akan pandang kepadanya di hari kiamat." ( HR At Thabrani )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

WAKTU YANG TINGGAL.......

Sepi meruntun jiwa-jiwa hampa
malam berlalu tanpa pengabdian hamba
terbuka pintu langit, berakhir sia-sia
sayap malam pergi mengibas alpa.

Siangmu sibuk mencari harta
cintamu mabuk pada dunia
sujud terlepas, kewajipan hancur
harta takkan dibawa ke kubur.

Waktu yang tinggal, himpunkan bekal
bila daunmu gugur, ada yang tinggal
ajal maut tak kenal usia dan darjat
kelmarin sihat, sekarang diangkat.

Tatkala zaqqum disuguhkan ke lapar
hancurlah isi dan kulit menggelepar
tubuh luluh, roh menggeletar
mana mungkin ada maut mengejar.

Bahang membangkit panas membukit
minuman diteguk menambah sakit
dahaga tak mungkin akan menghilang
sampai kapan dicarik dan diganyang?

-Artikel iluvislam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin.......

Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin.......


Wahai Adam....

Hawa itu tercipta indah dari rusukmu

Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu

Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..

Wanita akal senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah

Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

Didiklah mereka dengan panduan darinya

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta

kerana nantinya mereka semakin liar

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan

kerana nantinya mereka akan semakin derita

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu

Hati serapuh kaca

Kuatkanlah ia dengan iman...

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah



Wanita yang lupa hakikat kejadiannya

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus

Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya

Bila wanita menjadi derhaka

pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan

Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya

Jinakkan diri kepada Allah

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!

Lindungilah hawa itu.

Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.

Lindungilah hawa itu

Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran...



Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,

di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,

kerinduan, kegelisahan yang dihadapi

dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki...wahai adam,

Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya

Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya

Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya

Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu

Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥ Wahai lelaki yang punye peranan besar,

Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu.... ♥ ♥ ♥ ♥



Wallahu'alam............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut ...

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:

Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1 ...
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2...
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3...
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4...
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5...
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6...
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7...
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don’t be afraid to give up the good to go for the great!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Telekung oh Telekung...!!!!!

.....kita cite pasal telekung nak.......
sejak 2007 suka sgt beli telekung....bukan buat koleksi ya......suka tukar2 telekung.....lebih2 lagi bila tiba bulan ramadhan......gi solat terawih nak juga berganti2......
Teringat kata seorang ustaz, orang perempuan ini, kalau berpakaian bukan main glamour lagi. Sanggup berhabisan untuk berpakaian cantik untuk ke majlis keramaian,kenduri kawin, bila nak raya, bila nak berdating.....haha
tp bila nak berjumpa/ berdating dengan ALLAH berpakaian ala kadar je.....telekung pun yang ada tak pernah berganti....ada yang dah lusuh.....ada yang dah naik berkerak di bahagian dahi dan dagu.....bau tak payah cite la....ishh....ishh....ishh....malu nye pada ALLAH......
apa la salah nya kalau telekung tu sentiasa bertukar ganti....kalu tiap2 bulan bole berganti baju....berganti tudung....berganti kasut....berganti beg tangan....lum lg alat makeup....takkan le berganti telekung tak boleh.....wahhal satu hari lima kali kita solat, belum termasuk solat dhuha serta solat2 sunat yang lain.....itu menunjukkan kita sering menggunakan nya.....hari2 kita bertemu ALLAH, Kekasih kita, Habibullah kita.....tak rugi pun berpakaian bersih serta cantik mengadap ALLAH....bila dalam keadaan bersih, hati pun tenang, solat pun khusyuk....insyaAllah....
Fikir2kan lah......

p/s....buat adik ku,Ida......
T.kasih, hadiahkan 2 telekung pada anniversary kak yong baru ni....
So tak terjawab ya....ngapa akak sibuk cari telekung .....ni dah nak
dekat ramadhan lg nak cari telekung yang baru2......hehe
sapa lg nak gi Bandung....nak kirim lagi....hehe.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil (dengki) dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah(masjid) ;

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.


WALLAHUA'LAM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

MUHASABAH DIRI DI PAGI INI........

"Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?""Sudah, Alhamdulillah"

"Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?""Ya"

"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemput bila-bila masa?" "Tidak..."

"Adakah lidahmu menyebut 'Allahu Akbar', hatimu turut mebesarkan Allah?" "Tidak...."

"Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir" "......"

"Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah hatimu mengiyakan bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah Yang Maha Esa?" "Tidak"

"Ketika Surah Al Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredhai-Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-Nya?" "Tidak...."

"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu" "....."

"Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?" "Ya"

"Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solatmu yang sedang kamu kerjakan?" "Tidak...."

"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud" "...."

"Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal juga kebaikan yang utama?" "Tidak..."

"Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut jika solat yang baru kamu kerjakan tadi tidak diterima Allah lalu amalan itu dilempar kembali kemukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabdian dirimu?" "Tidak.."

"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat-tidak mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu. Hati-hatilah kerana Allah telah berfirman : 'Neraka Wail bagi orang-orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya'.(Surah Al Ma'un: 4-5)"

"Astaghfirullahhal'azim,.........Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya sebagai wadah untukku lebih mendekatkan diriku kepada-MU"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Assalamu'alaikum.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah...
Maafkanlah segala kekurangan kami .
Engkau Maha tidak memerlukan dari menyiksaku.
Karena sesungguhnya semua dosa-dosa kami
tidak merugikan-Mu. begitu pula semua ketaatan kami
tidak menguntungkan-Mu"

Ya Allah...
pindahkan kami dari hinanya maksiat
kepada kemuliaan Taat!”
Walaupun aku begitu jauh
dari hamba-hamba Mulia Pilihan-Mu,
Hamba Mohon…kukuhkanlah kaki kami untuk melangkah dijalan-Mu...
Kukuhkan Jiwa dan hati-kami untuk menggapai Redha-Mu,
Kukuhkan Iman-kami sampai akhir nanti...

YA ALLAH Yang Maha Mulia,
muliakanlah kami dengan ketakwaan...
Ya Rabb...Aku bersimpuh dihadapan-Mu
Aku memohon dengan kemulian-Mu atas kehinaanku
agar engkau mengasihiku


Ya ALLAH, kami memohon dengan permohonan orang miskin
Kami berzikir kepada-Mu dengan zikir orang yang rendah hati dan Hina
Kami memohon kepada-Mu dengan permohonan orang yang takut dan sakit
Sebuah permintaan dari orang yang dirinya merendahkan diri pada-Mu

Saat ini kami mengadu pada-Mu
Merintih di keribaan-Mu
Untuk hati kami yang kelam...
Untuk Jiwa kami yang sakit...
Untuk dosa-dosa kami dimasa lalu,
sekarang dan yang akan datang

Ya Rabb...Ampuni dosa-dosa kami
Bersihkan hati ini.... Sucikan jiwa ini...
Tenteramkan batin ini...
Singkapkan takbir antara Engkau dan KAMI ..

Ya Allah...Kami takut.... tentang masa depan kami...
Kami tidak kuat menghadapi azab-Mu
Bila kelak hari perhitungan itu datang
Saat Engkau menegakkan keadilan-MU
Bagaimana kami menghadap-MU?
Bahu ini tidak akan sanggup memikul dosa-dosa
Akibat kezaliman kami sendiri

Yaa Rabb...
Andai waktu masih ada
Di sisa usia ini ....kami memohon keampunan pada-Mu
Agar ringan kaki melangkah kepada-Mu

Kami ingin Engkau tersenyum Menyambut kami...
Merangkul kami dengan kasih-Mu ...
Membelai kami dengan Cinta-Mu
Merindukan kami seperti saat ini kami Merindukan-Mu
Senyuman dari Sang Maha Pengasih...

YA ALLAH... Tuhan kami, sungguh dosa-dosa kami hari ini
dan hari yang telah lalu berlimpah.
kami tidak kuasa menghitung dan menjumlahkannya
kami tidaklah kuat untuk menerima azab neraka
Juga tidak mampu bersabar dan tidak pula tabah atasnya.
Maka lihatlah wahai TUHAN KAMI pada kelemahan KAMI dan kehinaan KAMI
Jangan biarkan KAMI merasakan panasnya neraka pada hari pembalasan (kiamat)

"Ya Tuhan kami , tak layak bagi kami
menghuni syurga Firdaus-Mu,
namun kami tak kuat bila menempati neraka Jahim.
Maafkanlah semua kesalahan kami dan ampunilah semua dosa kami
karena hanya Engkaulah yang mengampuni dosa-dosa yang besar dan yang kecil.

Ya Allah Seandainya ini adalah hari terakhir hidup-kami
maka terimalah taubat-kami ini karena begitu banyak dosa yang telah kulakukan

Ya ALLAH, ENGKAU adalah Tuhan kami, tidak ada Tuhan selain ENGKAU. ENGKAU telah menjadikan kami sebagai hamba-MU, dan kami dalam ikatan perjanjian dengan-MU menurut kemampuan kami. kami berlindung kepada-MU dari kejahatan perbuatan kami. kami mengakui kenikmatan-MU atas diri kami dan kami mengakui dosa kami, maka ampunilah kami. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ENGKAU.

YA ALLAH PEKENANKANLAH DOA DARI KAMI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Racun pandangan mata akan menyerang hati kita tatkala kita meluaskan pandangan mata dan mengarahkan pandangan kita pada hal-hal yang diharamkan oleh Allah. Diantara pandangan-pandangan mata yang diharamkan, memandang lawan jenis yang bukan hak kita adalah yang paling berbahaya. Memanjakan pandangan kita pada barang-barang mewah juga akan mendatangkan racun bagi hati kita. Demikian pula terlalu banyak menggunakan penglihatan untuk hal-hal yang sia-sia juga akan meracuni hati kita.

Pandangan mata yang dikawal dan tidak dikendalikan akan merosak hati kita. Ia ibarat panah beracun yang dipanahkan Iblis ke arah hati kita. Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadits Nabi dari Anas bin Malik, bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Pandangan mata adalah panah beracun yang dilesakkan oleh Iblis. Barangsiapa memejamkan matanya (dari yang haram) kerana Allah, maka Allah akan memberikan pada hatinya lazatnya iman, yang akan ia dapat sampai ia berjumpa dengan-Nya.”

Juga dari Imam Ahmad, beliau juga meriwayatkan hadits Nabi yang lain dari Abu Umamah, bahawasanya Rasulullah saw bersabda,”Tidaklah seorang mukmin ketika melihat kecantikan seorang wanita kemudian ia memejamkan matanya, kecuali Allah akan memberikan kepadanya kenikmatan beribadah.”

Ketika memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah, racunnya akan masuk kedalam hati kita. Sebagaimana sifat racun, racun pandangan mata tidak akan hilang begitu saja dari dalam hati kita. Ia akan membekas dalam hati kita, dan tidak mudah bagi kita untuk menghilangkannya begitu saja. Diperlukan terapi dan pengubatan yang intensif agar racun tersebut benar-benar hilang dari dalam hati kita.

Bersamaan dengan pandangan mata kita terhadap sesuatu yang haram, syaitan ikut masuk kedalam hati kita dengan cepat, lebih cepat daripada masuknya udara ke tempat yang kosong. Ketika itulah syaitan menghias bagi kita apa yang kita lihat itu, sehingga semuanya tampak mempersona dan membuat kita terpana dan terkesima. Lalu syaitan membisikkan janji-janji, harapan-harapan dan lamunan-lamunan pada hati kita, sehingga api syahwat menyala dalam diri kita. Jika kita pada saat itu tidak dapat mengendalikan diri, kitapun akan terjatuh kedalam kemaksiatan yang nyata.

Tentang betapa berbahayanya pandangan mata, Imam Al-Ghazali berkata,”(Semua berawal dari) pandangan mata (antara dua lawan jenis), lalu senyuman, lalu sapaan, lalu pembicaraan, lalu janji (untuk bertemu), lalu pertemuan (antara keduanya). Ketika itulah syaitan menjadi pihak yang ketiga. Demikianlah kemaksiatan dan perbuatan yang keji akan terjadi bermula dari sekadar pandangan mata.

Pandangan mata yang dibiarkan dan tidak dikendalikan juga akan menyibukkan hati kita, sehingga kita menjadi lupa pada berbagai kebaikan dan amal shalih. Ketika itulah kita bisa terjebak untuk menuruti dorongan hawa nafsu dan terlena dalam kelalaian tersebut. ”Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (QS Al-Kahfi: 28)

Kerana sedemikian berbahayanya pandangan mata jika dibiarkan dan tidak dikendalikan, Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan, agar menundukkan pandangan mereka dari hal-hal yang terlarang. Dalam QS An-Nuur: 30-31, Allah berfirman,”Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Katakanlah kepada wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya ….”

Dan langsung sesudah ayat-ayat ini, Allah berfirman,”Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi….” (QS An-Nuur: 35) Ini adalah sebuah isyarat bahwa kepada orang-orang beriman yang menahan dan menjaga pandangannya, Allah akan memberikan kepada hati mereka cahaya. Ketika itulah, mereka akan mudah menerima berbagai macam kebaikan dari manapun asalnya. Mereka juga akan mampu membezakan yang haq dengan yang batil, yang sunnah dengan yang bid’ah, dan demikian seterusnya. Disamping itu, Allah akan memberikan kepada mereka firasat yang benar, yang mengenai hal ini Rasulullah bersabda,”Takutlah kalian pada firasat seorang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah.” Menguatkan hal ini, seorang tabi’in berkata,”Barangsiapa yang zahirnya disibukkan dengan amalan-amalan sunnah, batinnya senantiasa muraqabah kepada Allah, pandangan matanya ia jaga dari yang haram, dirinya ia cegah dari perkara syubhat, dan perutnya ia beri makan dari yang halal saja, maka tidak akan salah firasatnya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH: "Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu. CINTA 100%...."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tidurnya org yg lalai itu akan menghalang-halangi antara dirinya sendiri dgn kemakrifatannya sebagaimana diucapkan oleh Seorang Bijak Pandai:

" Banyak org yg tidur di waktu hidupnya tetapi jikalau mereka telah mati maka di saat itulah masa kebangunan mereka dari tidurnya yg bertahun-tahun itu."

Firman Allah SWT dalam Surah Al Munafiqun:10 yg bermaksud:

" Dan nafkahkanlah dari apa2 yg Kami ( Allah ) rezekikan padamu semua sebelum seseorang dari kamu semua itu didatangi oleh kamatian.Diwaktu itu ia akan berkata " Ya Tuhan..mengapa Engkau tidak mengakhirkan kematianku sampai waktu yg sebentar saja supaya saya dapat kesempatan utk bersedekah dan menjadi org yg termasuk dlm golongan solihin tetapi sama sekali Allah tidak akan mengakhirkan seseorang manusiapun apabila telah tiba ajalnya."

Seorang Ulama ahli tafsir memberikan komennya mengenai pengertian ayat ini demikian:

" Manusia yg lalai itu apabila sudah tiba saat kematiannya lalu berkata kepada Malaikat Maut:

" Hai Malaikat Maut..sudilah kiranya tuan akhirkan kematianku ini sebentar sahaja..seharipun jadilah..agar saya berkesempatan utk bertaubat kpd Allah pada hari itu serta mengusahakan bekal dgn beramal soleh utk kematianku ini."

Jawab Malaikat Maut:

" Itu tidak mungkin terjadi sebab hari2 yg lalu sudah kau buang sia2 belaka.Jadi tidak boleh ditambah sekalipun hanya sehari."

" Kalau demikian sesaat saja cukuplah."...katanya pula.

" Sudah berjuta-juta saat yg dahulu kau sia2kan.Jadi sesaat saja pun tidak dapat dipenuhi permohonan itu."

Setelah itu ditutuplah pintu taubat untuknya kemudian ia mengulang-ulangkan berkali-kali nafasnya sehingga akhirnya hilanglah nafasnya dan meninggal dunia dlm penyesalan."

Sehubungan dengan keadaan sebagaimana yg dihuraikan di atas Allah Taala berfirman dalam surah An Nissa ayat 17 yg bermaksud:

" Hanya saja taubat itu dapat diterima oleh Allah utk orang2 yg berbuat keburukan kerana ketidak mengertiannya kemudian bertaubat dlm waktu dekat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..

Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua~♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

rasa lama walau cuma 2hari tak menyinggah ke blog......sibuk sgt sejak jumaat......pagi kul 10.30 pegi SALAM...jumpa doktor pasal gatal2 kat badan & along ngan batuk nya.....then buat dadih....buat puding utk usrah......malam ngan usrah kat umah kak ton.....balik usrah sempat prepare/masak untuk morning breakfast cum lunch....sbb pagi2 nak balik kampung amek mak.......tidur lambat .......bangun lak awal....memasak....kul 8.30 baru bertolak.......
sampai umah mak dgn selamat....relax sikit....tak yah masak....bawa bekal nasi impit, kuah kacang, lodeh & sambal goreng......tolong mak packing bag dia je......sekali sekala kuar tgk kolam ikan pak ngah.....seronok betul tgk ikan talapia berenang2.....byk lak tu.....lepas lunch, solat kami pun berangkat balik......singgah umah mak mentua faizal....nak tgk baby fareez yg comey....comey....tu.....lama betul tak pegang baby kecik.......
tiba shah alam kul 5 gak......kawan2 along ada kat umah.....depa nak siapkan kerja projek depa.....terus masuk dapur buat minum ptg.....goreng pisang & teh tarik.....s kuar ngan hafiz gi carefour nak cari sweater mak.....tak ada....busu je yg beli barang dia......dh nak dekat maghrib lak tu....terus balik....
lepas maghrib kuar lg....pegi jusco ngan hafiz, mak & acid......bg can kat ayang rehat......dpt juga beli sweater yg simple.....tgk ada cadar on sale beli.....dr harga 780 dpt rm180.....utk pakai masa wedding hafiz.....balik singgah makan.....alhamdulillah, makanan sedap...puas hati & perut kenyang .....kepenatan....telan panadol.....masuk tidur......esok cerita lain...lg sibuk.....
ahad.....wedding umah kak sal.....pagi2 dah mengemas umah, kat luar....pengantin nak tumpang berkumpul kat umah sebelum nak berarak keumah pengantin lelaki.......breakfast main order je dari liza.....nasi lemak, sambal tumis & rendang ayam.......sbelum pegi umah org kawin kul 11.30 masak dulu daging masak hitam & buat lepat pisang......
tak ramai geng usrah yg menolong jd penyambut tetamu, k.ton, kak sofia, kak asmah & cikgu aini.....mmg penat...penat berdiri....hehe....jumpa bang ngah azaman & kak ngah kat kenduri.....bawa depa ke rumah jumpa mak.....
lepas abg ngah balik....angah zul sampai....lepas solat asar bersilat di dapur prepare for makan malam.....seronok ramai berkumpul.....sayang nya 'cik yus jauh...payah nak dtg.....lain kali ya.....celebrate b'day alia, najiha, angah & mak.....thanks zara for coming......happy sesangat skali skala dpt berkumpul....selalu berkumpul ngan family belah ayang je......thanks idah bg hadiah anniversary kak yong......esok isnin mak nak berangkat ke madinah dulu.....then ke meqah mengerjakan umrah.......
sarapan pagi byk betul....macam2 ada....karipap, popia goring, kuih koci, roti jala bersama kuah kari & kuah durian.....pergh.....sodap2.....kul 9....buat solat dhuha, baca yassin utk kak cik nak exam......then mengadap buku arabic kejap......k.ngah anak beranak sibuk ngadap laptop.......kul 10.30 stop bersiap2 nak ke KLIA.....cepat betul mak bersiap....kesudahan 11.30 baru bertolak.....sampai2 ramai dh berkumpul.....checkin bag mak....then dgr taklimat...cepat betul masa berjalan....selesai taklimat baca doa....depa bg tiket....then dh suruh turun.....dekat kul 1.15 dh di arah turun....masa tu mmg tak ingat benda lain lg.....
lepas dh salam dh peluk mak....mak dh turun baru perasan ada yg tak sempat jumpa mak....insiden yg tak sepatut nya berlaku.....aku & hafiz terkedu.........FULL STOP....no comments......
balik umah kelaparan.....kul 3.30 kuar ngan ayang gi post office....settlekan road tax abah....gi tesco cari brg dapur....balik dh kepenatan...rasa nak demam pun ada.....solat asar terus baring....malam nnt ada kelas arabic...tak leh nak ponteng...next week, rabu dh tak bole pergi nak amek farah.....ok stop dulu.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Baca...jangan tak baca, wahai kaum Hawa....:)

Apa Yang Lelaki Suka dan Tak Suka
Lelaki suka:

* Sikap kelakar

* Budi pekerti dan kesopanan

* Murah hati

* Senyuman manja

* Pandai memasak

* Pandai dalam mengenakan pakaian

* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya

* Tak mudah naik angin

* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak

* Tak terlalu seksi dalam berpakaian

* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”

* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya

* Berwawasan atau bercita-cita tinggi

* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.

* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira

* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki

* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

* Sikap keibuan

* Sukakan kanak-kanak

* Suara lembut tanpa dibuat-buat

* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun

* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat

* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki

* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut

* Tahu bersyukur

* Pandai berjimat-cermat

* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal



Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat

* Sombong dan bongkak

* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki

* Hisap rokok

* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…

* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian

* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”

* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”

* Wanita yang hipokrit

* Pembohong dan suka mencari alasan

* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki

* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka

* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang

* Pengotor dan pemalas

* Tak bertanggungjawab langsung

* Tak pandai mengemas

* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan

* Kuat berleter walau hal remeh temeh

* Boros berbelanja

* Tak tahu memasak

* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

* “Queen Control” atau suka mengarah-arah

* Tak pandai bergaya atau selekeh

* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli

* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu

* Panas baran

* Kuat merajuk dan sukar dipujuk

* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi

* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego.

Jika anda ada kesemua ciri2 tersebut pastinya anda layak segera layak menjadi seorang isteri sejati.


p/s.....macam nak buat persediaan mencari bakal menantu je.....hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..

“ Imam Shafie”

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.

Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan

Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.

Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PANTUN ORANG MALAS

Pantun Orang Malas Solat
Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


p/s di ambil dari blog tok wan.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Aku Cuma AN-NISAA

Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Masih Subuh Atau Senja......fikir2kan lah

Masih Subuh Atau Senja???


Hari sudah senja dan waktu maghrib hampir tiba. Namun kelibat mereka masih belum kelihatan. Hatiku berkata-kata, di mana silapku. Tidak, aku pernah menegur dan mengingatkan mereka tentang waktu solat. Sejak kecil lagi, mereka telah ku didik sempurna tentang fardhu kifayah dan mengaji al-Quran. Aku telah mengajar anak-anakku mendirikan solat sebaik sahaja mereka masuk usia aqil baligh.

Sehingga dewasa, mereka telahpun menjejakkan kaki ke tanah suci mengerjakan umrah. Hanya belum mengerjakan haji. Itulah satu-satu hajatku yang belum dapat ku tunaikan.

Perlukah aku mengingati mereka tentang semua ini lagi. Di manakah rasa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT??? Sudahkah mereka lupa setelah usia mencecah suku abad???? Atau mungkin mereka lalai dalam kehidupan dunia mereka???? Apa pulak akan terjadi kepada zuriat mereka sendiri???

Kini azan pun sudah berkumandang menandakan waktu maghrib sudah masuk. Kecewa rasa hati ini. Aku terus mengangkat wudhuk dan menunaikan tanggungjawabku.

Setelah selesai solat maghrib, fikiranku mengimbas kembali pada zaman kanak-kanakku. Setiap hari selepas solat maghrib, ibu dan ayahku mengajar kami mengaji al-Quran dengan rotan siap ditangan. Kata pepatah melayu, tiada rotan akal berguna. Tetapi tidak dengan ibu dan ayahku.

Rotan dan sebatan menjadi teman kami waktu belajar. Kami diajar solat di usia 6 tahun dan kerana rotan dan sebatanlah membuat diriku tidak pernah lalai mahupun leka menunaikan tanggungjawabku. Hatiku teguh mendirikan solat sejak zaman kanak-kanak hingga kini. Kami dilatih berpuasa serentak setelah mula mendirikan solat.

Waktu kanak-kanak dahulu, memang terasa payah sekali. Tetapi dengan sokongan dan dorongan kuat kedua ibu bapaku, kami merasa nikmatnya berpuasa.

Begitulah aku didik anak-anakku seperti dididik oleh ibu bapaku dahulu. Cuma tanpa menggunakan rotan dan sebatan. Aku tidak sampai hati untuk memukul anak-anakku, yang telah kukandung selama 9 bulan. Cuma kini hatiku risau, fikiranku kucar-kacir dan perasaanku amat kecewa. Setelah apa yang aku didik, ajar mereka, kemanakah semua ilmu itu pergi???

Mampukah mereka menjadi insan-insan mulia, memikul nama baik kami setelah kami tiada di dunia ini nanti??? Semenjak arwah ayahku meninggal 10 tahun lalu, aku belum lagi terlupa untuk mendoakannya dan begitu juga untuk ibuku yang masih hidup. Apakah anak-anakku akan mendoakan kami agar kami tidak kehausan di alam barzakh???

Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Janganlah kami di tanya atas kelalaian mereka setelah kami mengajar dan mendidik mereka. Janganlah kami di seksa dan dihumbankan ke dalam api nerakamu setelah kami telah taat dalam perintah mu agar mengajar anak-anak kami seperti yang telah diamanahkan kepada kami.

Kami tidak pernah mengeluh mahupun menyesal diatas segala kesusahan dan keperitan kami sewaktu kami membesarkan mereka. Semua ini kami lakukan demi amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu kami.

Wallahu'alam..............

p/s....coretan ni di ambil dari rakan fb -Ustaz Penang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

"Linangan Airmata Yang Mendapat Pahala Disisi Allah swt"

1. Linangan airmata hasil dari mengenangkan dosa yg dibuat lalu bertaubat

2. Menangis lalu tersentuh hatinya apabila takutkan azab Allah

3. Menitiskan airmata ketika khusyuk dalam solat serta semasa sujud dalam solat

4. Menitiskan airmata ketika sedang khusyuk berdoa

5. Airmata yg lahir dari pertemuan sahabat yg lama tidak bertemu

6. Menitiskan airmata ketika mendapat redha dari kedua ibubapa

7. Menitiskan airmata apabila melihat atau mendengar agama Islam dihina

8. Linangan airmata orang miskin yang memohon bantuan sikaya tetapi ditolak
permintaan nya

9. Linangan airmata apabila diakhir zaman ini kita mendengar fitnah manusia

10. Menangis apabila terkenangkan akan kematian

11. Menitiskan airmata aapabila kita dizalimi

12. Menangis apabila terdapatnya kematian dikalangan manusia yg kita sayangi

13. Menitiskan airmata apabila kita mengucapkan syukur kpd Allah semasa mendapat
nikmat Allah swt

14. Mengalir airmatanya apabila seseorang itu dipuji

15. Menitiskan airmatanya apabila seseorang membaca al-Quran

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari bila menampakkan diri,
Demi malam apabila ia menutupi,
Demi langit berserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan ciptaannya…
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya
dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya….”

[Al-Qur an,Surah Asy-Syams: ayat : 1 – 9 ]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan,
jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia.
Berharaplah hanya kepada Allah.
Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”.

Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~~"Marilah sama-sama kita berusaha menyucikan jiwa,membersih hati,
memperbaiki diri kerana pertemuan dengan Allah kelak....
memerlukan hati yang sejahtera, jiwa yang suci...
Apabila terasa kepenatan dengan ragam dunia,
pujuklah hati dengan kekalnya kebahagiaan di akhirat,
singkatnya kebahagiaan di dunia yang hina ini..."

Ya Allah,
jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti
dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati...

Ya Allah,
Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati kami,
hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau,
sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami,
selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji
dan jauhilah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami...

Laa haulawala quwatta Illa Billah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Siapakah Kita?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur’an, Hadits dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mau lakukan ibadat tapi menyangka bahwa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca shalawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mau membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur’an dan tidak mau mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diindahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu sholatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku ridho dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya karena dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang karena hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahwa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SOAL HATI

"(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)

Hati Perlu Dijaga lebih Daripada Penjagaan Fizikal

Hati manusia terbahagi kepada empat jenis :-

1. Hati yang bersih/hidup
Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya Ilahi yang memancar

2. Hati yang tertutup/mati
Hati orang yang engkar terhadap keesaan Allah SWT, iaitu hati orang kafir

3. Hati yang terbalik
Hati orang yang tahu tetapi engkar,melihat tetapi sengaja buta,yakni hati orang munafik

4. Hati yang terdedah pada dua keadaan
Hati orang yang ada iman dan juga nifak, tetapi orang itu akan sepertimana antara dua ini yang lebih kuat

* Hadis Rasulllah SAW ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
" Ketahuilah, bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ianya baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekelian. Ketahuilah, Itulah yang dikatakan hati ".

Dan tidak ada sesiapa pun yang boleh terjamin bebas dari memiliki penyakit hati atau terkena kesan penyakit hati orang lain, kerana seperti sabda Rasullulah SAW.

" Sesungguhnya syaitan itu berjalan menelusuri tubuh anak Adam, sebagaimana berjalannya darah dalam tubuh manusia. Aku amat bimbang kalau syaitan akan mengelirukan kamu, lalu kamu menyangkakan kepadaku yang tidak baik ".

لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
(Al-Baqarah 2: Ayat ke 284)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

5th April....my 24th anniversary.....
to my beloved Aayang....
thanks for everything that we have shared together....
i will always love you till d end of my life.....



True love allow us
to grow and develops
as individuals
All the while growing
in love for each other
True love enjoys the good times,
but is something you can count on
in the hard times
True love is Love You
are sure of it is the love we share
I feel so lucky to have found
TRUE LOVE WITH YOU!!!!
I feel safe in your arms
and warmed by your love.....

HAPPY ANNIVERSARY TO MY BELOVED AAYANG.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sebuah Pesanan Untuk Saudaraku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Buat Kawan2 Baik ku

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kitabukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yangbaik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulumenjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.


p/s....nota ini saya ambil dari sahabat FB

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ya Allah....Makbulkan lah doa2ku.......

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hambanya. Tidak kira lelaki atau perempuan.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yg lebih kuat drp lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia2.”

2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebajikan dan menghapuskan drpnya 1000 kejahatan.

3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala org yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia drp dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drp susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan org yg takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kpd keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan drp anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dlm syurga lebih dahulu drp suaminya (1000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia pintu syurga mana sahaja yg dikehendakinya.

11. Wanita yg solehah(baik) itu lebih baik drp 1000 lelaki yg soleh.

12. Aisyah berkata, “ Aku bertanya kpd Rasulullah, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan2 di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yg tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dlm syurga.

18. Barangsiapa yg mempunyai 3 org anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu bersikap ihsan dlm pergaulan dgn mereka dan memdidik mrk dgn penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Drp Aisyah r.a “Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu drp anak2 perempuannya, lalu berbuat baik kpd mereka, maka mrk akan menjadi penghalang baginya drp api neraka.

Maha Suci Allah... Banyak dan besar pahalanya untuk orang yang bergelar wanita. Kepada lelaki, perempuan bukanlah orang suruhan ataupun sebagai 'barang mainan'. Iktibar dengan kisah kejadian Adam A.S dan Hawa. Allah jadikan Hawa untuk menemai Adam A.S yang kesunyian ketika disyurga.

Sebelum Nabi Adam A.S dan Hawa (Eve - Bagi Kristian dan Yahudi) di hantar ke Bumi, Nabi Adam A.S diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya. Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya. Lalu baginda disoal oleh malaikat "Wahai Adam! Apa dan Siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam "Seorang perempuan. Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya." "Siapa namanya?" tanya malaikat lagi. "Hawa", jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?", tanya malaikat lagi. Adam menjawab "Untuk mendampingiku, memberi kebahagian kepadaku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

11 jenis manusia didoakan oleh malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah sayangilah dia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya bersalawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu bersalawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

puas betul bershoping sakan ari ni......tiba mlm dh mula kepenatan.....pagi kuar breakfast ngan aayang......dh lama tak pekena tosei telur........tapau utk along, acid & anwar roti telur......balik umah settle kan idai kain basuhan.....kemas2 dapur, ajak budak2 ni kuar sorang pun tak nak ikut.....

then kuar ngan aayang lg.....singgah kedai kak za oter seluar anya & jubah2 aayang & tempah baju kurung lagi......amek 2 baju kurung yg dh siap di jahit....happy ada 2 baju baru.....off to carefour beli barang2 keperluan......byk betul belanja sampai bole le dpt beras 10kg free & 3 brg dgn harga rm1 tiap 1 item.......berbaloi juga.....apa taknya i bought my self 6 t.shirt, 1 long pants......lepas habis bayar nampak ada kedai tudung....konon nye nak cari tudung....tp takde yg berkenan, byk pendek2.....at d end membeli 2 jubah pulak....duit yg sepatutnye di simpan untuk benda lain dah ku gunakan utk diri ku.....nak buat camno....badan dh naik....baju byk tak muat.....nak kuruskan badan makan masa......hehe....tapi aayang kata keperluan tak pe.....ada sbb kenape membeli.....

balik umah terus kedapur masak utk lunch, sempat lagi buat bubur kacang campur durian.....solat zohor rehat2 kejap....kul 3 baru makan nasi.....selepas asar kuar lg.....as promise ajak aayang temankan gi PKNS nak cari buku or kamus bahasa Arab....tengah bersemangat ni....dpt juga beli buku.....then saja jalan2 je kat situ, dlm pada tu nak cari tudung....beli lg....dpt 2 tudung kali ni aayang yg bayar....nampak lagi seluar pjg utk pakai dlm ngan jubah...ok gak tu....byk betul satu hari ni berbelanja.....hahaha....Aayang agak2 bole claim tak bayar duit baju kurung & jubah td.....hahaha....( masa beli tak ingat dunia).....dh full stop....tahan nafsu tu.....:((.....cari tempat money changer tak de lak....gi lak SACC.....sambil aayang ke kedai money changer, nak tukar duit Rial nak bg kat mak next week....sempat lak beli popia kegemaran acid....duit Rial lak dh abis tunggu isnin.....byk masa lg.....gi Big Apple beli donut kegemaran kami....sorry Iwan & K.cik....tunggu korang balik kita beli ya.....lama juga berjalan....sebelum sampai umah singgah kedai kak za amek seluar anya & jubah aayang.....siap dpt diskaun lg....seluar anya di tak charge....2 jubah yg beli td pun suruh akak tu oter....

balik umah kembali lg ke dapur....prepare utk makan malam....goreng mee je.....siap kan bahan2, tinggalkan solat maghrib dulu.....lepas masak dh siap kemas2 dapur naik atas mandi solat isyak.....turun asyraf & ubai dh ada.....sorry jilah tak sempat jumpa kamu.....lipat kain pagi td yg byk.....thanks anya & along kerna menolong....aayang balik dari masjid temankan dia makan.....budak2 masing2 mengadap laptop sambil tgk football kat tv....mlm ni mula AF.....tak sapa yg kesah...hehe...ADA AKU KESAH....konon nye tadi nak membelek buku Arabic....kesudahan dh kepenatan mengadap laptop....tak sedar dh kul 11.57.....cukup le utk ari ni....esok kena bangun awal....prepare breakfast cum lunch....budak2 semua tinggal....aku & aayang nak attend wedding kat Alor Gajah....nak kuar kul 9 pg....sampai makan...duk kejap then terus balik sbb kena antar anya balik asrama....so stop dulu....good nite.....:))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SOALAN UNTUK DIRI

1. Siapakah orang yang sombong??
- Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

2. Siapakah orang yang telah mati hatinya??
- Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

3. Siapakah orang yg kuat??
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

4. Siapakah orang yg lemah??
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

5. Siapakah orang yang bakhil??
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah Sallallahu-‘Alaihi Was-Sallam

6. Siapakah orang yang buta??
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

7. Siapakah orang yang sibuk??
- Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

8. Siapakah orang yg manis senyumanya??
- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". ,sambil mengukir senyuman.

9. Siapakah orang yg menangis airmata mutiara??
- Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

10. Siapakah orang yg kaya??
- Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

11. Siapakah orang yg miskin??
- Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

12. Siapakah orang yg pandai??
- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

13. Siapakah orang yg bodoh??
- Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.

14. Siapakah orang yg paling cantik??
- Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

P/s: Sungguh kecil diri ini tatkala membaca semua jawapan2 berikut
Sesungguhnya,mujahid Allah itu sentiasa sedar akan setiap perlakuanya.. Walla'hualam...!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat menunaikan solat sunat Dhuha.....
Semoga Allah s.w.t sentiasa memudah & memurahkan rezeki kita.......
" Wahai Allah, sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah waktu Dhuha-Mu,
kemegahan adalah kemegahan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu,
kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu,
dan perlindungan adalah perlindungan-Mu..."
Wahai Allah, jika rezekiku ada dilangit, maka turunkanlah ;
jika didalam bumi, maka keluarkanlah ;
jika haram, maka sucikanlah/halalkanlah dan jika jauh,
maka dekatkanlah......
Berkat waktu Dhuha-Mu, kemegahan-Mu, keindahan-Mu,
kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu.....
berilah aku sesuatu yang telah
Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"

.....Amin...
Ya'rabbal a'lamin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Assalammualaikum dan selamat pagi di pagi Jumaat yg mulia....

Ya Allah
Aku bersyukur pada Mu
Kerana Kau, aku masih lagi bernafas di bumi Mu
Kerana Kau, aku masih mampu menikmati ciptaan Mu
Kerana Kau juga, aku masih di sini

Semoga aku terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan
Semoga segala urusan ku di permudahkan
Semoga aku mendapat kebahagian dunia dan akhirat


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah(S.A.W) bersabda: Apabila tiba hari Jumaat, malaikat akan berdiri dipintu masjid dan akan menulis org2 yg datang ke masjid. Orangg yg datang dahulu akan ditulis dahulu dan orang yg datang kemudian akan ditulis kemudian. Orang yg datang diawal hari ganjarannya adalah seumpama org yg bersedekah seekor unta, dan selepas drpd itu adalah seperti orang yg bersedekah seekor lembu, dan selepas itu seperti orang yg bersedekah seekor kibas, selepas itu seperti orang yg bersedekah seekor ayam. Dan selepas itu seperti seorg yg bersedekah sebiji telur. Dan malaikat akan menutup buku catitannya sebaik sahaja Imam dtg utk membaca Khutbah.(HR Bukhari).

Oleh itu anak2 ku....jangan leka....bersegera lah kalian ke masjid, agar kalian mendapat ganjaran yang besar dari ALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TANDA TANDA AKHIR

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat Baginda.


Tanda-tanda hari akhir di dalam Al Qur’an.....

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (yaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang? (QS Muhammad: 18)

Dari ayat ini kita ketahui bahwa Al Qur’an telah menjelaskan tanda-tanda yang mengumumkan datangnya Hari Akhir. Agar dapat memahami tanda-tanda ‘pengumuman besar’ ini, kita harus merenungkan ayat ini. Sebaliknya, seperti yang ditunjukkan dalam ayat ini, pemikiran kita tidak akan berguna sama sekali ketika Hari Akhir tiba-tiba datang kepada kita,subhanAllah.



KIAMAT itu dekat

Allah berfirman dalam Al Qur’an bahwa tidak diragukan lagi bahwa Hari Akhir itu sudah dekat.

Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya ... (QS Al Hajj: 7)

Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar. Dan sesungguhnya saat (kiamat) itu pasti akan datang, maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik (QS Al Hijr: 85)

Mungkin ada sebagian orang yang beranggapan bahwa pesanan Al Qur’an tentang Hari Akhir difirmankan lebih dari 1400 tahun lalu, dan masa itu sudah lama, jika dibandingkan dengan panjang usia seorang manusia. Padahal, di sini tersirat persoalan akhir dunia ini, matahari dan bintang-bintang, singkatnya, alam semesta. Ketika kita menganggap bahawa alam semesta berusia berbilion tahun, maka empat belas abad adalah suatu jangka waktu yang sangat pendek.



Keunggulan Islam di dunia

Allah menyatakan bahwa orang-orang yang menyembah-Nya secara murni, tanpa menyekutukan-Nya dengan makhluk-Nya sebagai tuhan-tuhan lain selain-Nya dan beramal soleh untuk meraih redha-Nya, akan dianugerahi kekuasaan dan pengaruh.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan apa pun dengan-Ku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (QS An Nuur: 55)

Dalam sejumlah ayat, juga dikatakan bahwa adalah sunnatullah, bahwa hamba-hamba Allah yang beriman dan hidup dalam agama yang benar dalam hati mereka akan menjadi pewaris dunia ini.

Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam Lauhul Mahfuzh), bahwasanya bumi ini dipusakai (oleh) hamba-hamba-Ku yang soleh. (Surat Al Anbiya’: 105)

Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. (Surat Ibrahim: 14)

Sahabat ku biarlah kesedaran tentang hidup ini terbuka dengan luas, kerana ISLAM itu meliputi segenap sudut kehidupan kita..kerana ia adalah cara hidup yang sempurna dalam mentaati ALLAH SWT. ingatlah bahawa hidup kita ini amat singkat,penuhilah amalan-amalan untuk kita membawa bekalan ke Akhirat.jangan sia-siakan hidup kita dibumi ini.,sesungguhnys Allah pasti akan menepati janji-janji-Nya....SubhanAllah..... AllahuAkbar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments